Friday, July 29, 2011

Harimau Malaya..WE stil luv u! :)


Pujian pertama untuk apek kerana telah menunjukkan prestasi sebenar beliau pada perlawanan mesia menentang singapura utk 2nd leg semalam dgn usaha kental menyelamatkan bbrpa try attack dari pasukan singa.

Pujian kedua untuk safee sali kerana beliau mmg dh terbukti bermain dgn fokus dan akal apabila berjaya menyudahkan gol hasil hantaran myfev.player, s.kunalan pada minit ke 57.

Pujian melambung tinggi untuk s.kunalan sbb:
1) player paling RAJIN berlari kesane kesini utk mendapat bola dan
2) telah menyumbang bbrpa hantaran cantek kpd striker: safee
3) berskill 'mencuri' bola dari pihak lawan
4) 'kebal' . ini terbukti apabila ketika beliau dijatuhkan,dirembat,disungkit,dan segala macam blocking dri pihak lawan, beliau tetap gah bangun untuk meneruskan permainan DAN bbrpa insiden sebegitu telah banyak menyumbang sepakan percuma utk mesia.
5) pada awal permainan berjaya mengegarkan pintu gol lawan apabila membuat 1st try utk menjaringkan gol hasil hantaran cantik dari safee sali. walaupon finishingnye xok, at least die dh mencuba kn.dats a gud attitude dan seharusnya itulah yg perlu dia lakukan pd waktu itu.

walaubagaimanapun, langkah penambahbaikkan perlu segera diambil perhatian oleh rajagopal&pengurusan pd:
1) barisan defender - bahagian ini perlu dimantapkan lagi.PERLU,MESTI,WAJIB. muslim,fadhli,amar pd suatu ketika dulu is a very gud team wif an excellent roles pada posisi ini. emy stil yakin dgn 3 hero ni walaupun ketiadaan tonggak utama,aidil. malam ni xberape nk berkesan emy pun xthu punca.mcm lack of communication.apek dh maen bagus dan seharusnya mereka bertiga perlu bijak merancang membina tembok yg sgt kebal dari dibolosi pihak lawan. i stil believe mereka bertiga masih tetap berbisa.

2) passing skill - perlu diperkemaskan lagi. player should b more rileks dan x terlalu ghairah masa nk pass bola kt mmber DAN dalam masa yg sama the passing musti pantas dan tepat. kalo bole gam bola tu kt kaki.;).. semalam emy tgk bola melantun2 mcm bola getah bila dpt kt hadi,mahali,..huhu..pastu 'ter'passing kt pihak lawan oleh ismail faruqi, dan overall plg ketara mereka hantar bola xde tujuan...geram plak tgk..huhu..bkn ape, implikasinya bila passing xcantek,xkemas...xde peluang indah tercipta utk dilorongkan pada striker kita bg meledakkan gol..


3) backup perancang - ketiadaan safiq rahim mmg jelas terasa semalam. Dia mmg kapten terhebat musim ni dan dialah perancang game kita yg plg baik. tapi apakan daya,dia telah terhukum disingapura tempoh hari. wbagaimanapun, pada masa akan dtg, kita perlu ada backup player mcm beliau.sebijik sejibon malah mgkn lebih baik lagi. bkn nk nafikan kredibiliti safe dan aidil, tapi smlm kite dh saksikan aidil terpaksa keluar awal akibat kecederaan dan safee lebih fokus pd serangan sbb itulah kekuatan dia. after dis, kalo safiq xde pun, kita masih ada pemain yg boleh gantikan tmpt beliau dgn baik.


4) more friendly match - rancang game yg lbh byk utk bg pendedahan pd player kita bg persiapan piala dunia 2018 kt rusia nti. cari lawan yg bagus menyerang, ssb kt situ kita boleh uji kemampuan bghn pertahanan kita berada pd thp mana. uji dan uji, uji dan uji. bila dh kne uji selalu of coz ada improvement. biar kalah byk kali sbb itu adalah titik permulaan utk sesuatu kejayaan. kita masih ada byk masa lagi utk buat persediaan.


Sejarah bolasepak tercipta dengan kehadiran 90,000 penyokong semalam. hebat! ini menunjukkan sukan bolasepak kita sedang berkembang dengan baik. xpe kita kalah kali ini. Hikmah Allah tersembunyi. kalo pemain kita kecewa, kita mesti serap kekecewaan itu bersama. .. JGN MENGHUKUM sbb mereka telah berjuang matian2 semalam.sbg peminat bolasepak tanahair, emy akan ttp trus menyokong skuad harimau kita wlaupun dlm hati ni sedih & keciwa..wuwu..tpi xpe..sye bangga dgn harimau saya! dan seharusnya peminat2 lain juga jgn berhenti menyokong, bagi semangat dan teruskan momentum positif ini pada mereka. MEREKA PERLUKAN KITA, SEMANGAT KITA, SOKONGAN KITA....sye bangga dengan kamu semua. Kita patut berbangga kerana pemain2 kita 100% ANAK TEMPATAN dan MASIH MUDA. ini dah cukup bagus. ternyata misi rajagopal utk membentuk satu pasukan yg mantap pada masa akan datang patut kita puji. mana ada satu2 pasukan tu terus hebat kan. dan kita pon tahu, tanpa kegagalan tak mungkin ada kejayaan. Jadi, terima hakikat, buka buku baru dan teruskan perjuangan.


No comments:

Post a Comment