Friday, December 30, 2011

air tangan


Seronok ase arini mcm dunia ni kita yg punye..dh ar cuti kan, pepaham jela kalo dh dok kt umah kan..

awal2 pagi da g tesco bli brg dapur..sms MIF skali kut2 ade dia nk kirim pape..so ceklist asas spt tepung, cili api, minyak masak, telur dan ikan blis 2 versi..amboi bf haku ni..dua2 bilis dia nak..haha

kemudian, cam bese dh cuti2 ni keje i jadi mastercef MIF walaupun tak berape nk master kan..

menu arini: sotong masak sambal bersantan, ikan bakar cencaru (kali pertama buat pes hasil tunjuk ajar sifu ku: puan chempakamerah) n oso fav dish mykoboi tu> tahu kicap jawakian dia la kan..pe lagi..

kul 4 ptg mykoboi cal nk dtg umah since he went to his office here. tujuan asal nak amek brg2..tapi sbb dishes xmasak g, xleh r i suh die dtg sbb konfom die tak suke tunggu..n i decided to delivery lah..

kul 6.30 sampai kt MIF..bajek kjp je nk anta lauk pauk n then balik terus tapi ntah hangin monsun mane plak MIF ni nk g jln2 sekitar situ..siap kne halau lagi duk sblh sbb die nk drive..haha.lantak lah yang..btw, umh yg kite tgk td santeklah..:)

pape jelah kn..yg pntg air tangan da smpai sane...semoge bertambah sehat dan demok mykoboi itu..heee


selamat mlm :)

















Thursday, December 29, 2011

Childish


semalam i kje malam..tetibe mif call

mif: syg..wat pe
emy: keje..
mif: balik kul brape?
emy: 6pagi
mif: iye..eshh..lmbtnye balik...da mkn lum?
emy: dah..awk? (tnye jgk tu...budi bhs budaya kita kn..hurm)
mif: kite pon da mkn..buat nasik goreng sndiri..
emy: (sian plak dgr cmni...tapi mls nk layan ah)...ouh yeke..

*pnjg g sesi ni tpi maleh nk taip..cukup r tu kn..*

MIF ade buat slh kt i....dia thu ape ade dlm hati i ni...n i pon thu pe ade dlm hati dia...

tapi..lelaki type alfa ni kalo buat salah mmg mcm tu ar..childish!

Dia thu i marah ape...tpi bile pk balik die pon xthu bende tu jadi...tpi cara tu ttp salah..kne mmg ttp kene ar!

hurmm..takpelah

i maafkan u syg..


baik i buat ceklist wedding..tu pon xsnpgup nk tgk..nk kne jadualkn everything..

salam~




p/s: byk bende nk pk lagi kn..yg bermanfaat..=)





Friday, December 23, 2011

Ceklist

Anggaran ‘budget’ untuk perkahwinan anda

Dalam proses merancang perkahwinan, perbelanjaan atau bajet menjadi perkara utama yang perlu dipikirkan. Kalau takde duit, camne nak buat majlis kawin, betul tak? Biasanya, pengantin lelaki la yang agak pening kepale bila pikir pasal bab2 kawin nie. Yelah, main angka berpuluh2 ribu… mana nak cari duit, beb…

So, bagi mengelakkan sebarang krisis kewangan menjelang hari bersejarah tue, si lelaki nie hendaklah menabung awal2. Supaya nanti you all tak ler duk berhutang keliling pinggang…:-) Selain tue, semua bakal2 pengantin pun hendaklah membuat anggaran perbelanjaan mereka sendiri supaya senang mereka nak bajet banyak mana duit nak pakai nanti..

Ok, di bawah nie ada beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa membuat anggaran bajet untuk majlis perkahwinan:

1. Kursus kahwin

Kursus nie penting kerana jika takde sijil kursus kahwin, maka tak kawinlah anda! Rase2nya, skrang nie kos untuk kursus kawin – RM80 (kalu tak silap la).

2. Mas kahwin

Mas kawin nie adalah perkara wajib di dalam setiap majlis perkahwinan. Jumlahnya pun berbeza-beza ikut negeri masing2.

3. Wang hantaran

Biasanya ia menjadi punca ‘bebanan’ kaum lelaki terutamanya jika pihak perempuan meminta wang hantaran yang agak tinggi. Sebenarnya, kedua- dua belah pihak haruslah bertolak-ansur dan hendaklah mengikut kemampuan pengantin lelaki itu…. bak kata pepatah, ‘ukurla baju di badan sendiri’…

4. Upah juru nikah atau tok kadi

Korang jangan lupa lak untuk sediakan upah tok kadi yang mengahwinkan anda! Upahnya tak ler mahal sangat.. biasanya dalam RM80++… depends kepada negeri masing2 la.

5. Barang hantaran

Barang hantaran nie kadang2 akan memakan belanja yang agak besar. Mana tak nya jika masing2 berkenan barang2 yang mahal seperti ipod, digital camera, netbook dll. Barang2 hantaran nie biarlah berpada2 kerana ingat, banyak perkara lain lagi yang perlu dibereskan!

6. Gubahan hantaran

Setiap majlis pertunangan dan perkahwinan akan tampak lebih meriah dan berseri jika dihiasi dengan barang2 hantaran yang digubah indah! Untuk menjimatkan bajet, cuba gubah sendiri barang2 hantaran tue. Ataupun mintak tolong sedara mara ker. Sebaliknya, kalau ada bajet lebih, korang boleh mengupah orang luar untuk menghias barang2 hantaran tue.

7. Cincin atau barang kemas yang lain

Pilihlah cincin atau barang kemas yang sesuai dan di dalam range bajet anda. Jangan sebab nak menunjuk-nunjuk, wang pun tergadai sama! Ingatlah bahawa terdapat banyak lagi bende lain yang perlu dibuat sebelum anda bergelar suami isteri!

8. Pelamin

Terdapat bermacam2 harga untuk pelamin nie, ada yang murah dan ada yang mahal. It all depends kepada style dan hiasannya. Untuk pelamin yang in trend, mahal la sikit harganya. Kalau yang dah outdated sikit tue, murahlah skit. Ikut bajet masing2 la…yang confirm nya, korang hanya akan gunakan pelamin nie sekejap jer masa posing amik gambar … so, pikir2 la yer…


Cun tak pelamin nie...?
9. Baju pengantin

Biasanya, baju pengantin yang paling basic ialah baju untuk nikah dan sanding. Masa bersanding tue, tak yah la bersalin banyak2 baju. Dua persalinan baju lace dan songket tu pun kira dah cukup! Boleh cut cost sikit. Maklumlah, sewa baju pengantin nie bukannya murah beb! Biasanya baju pengantin nie dimasukkan sekali dalam suatu pakej perkahwinan..

10. Kad kahwin

Kad kawin nie pun ada yang macam2 jenis. Ada yang khas untuk VIP, ada yang bentuknya seakan-akan notebook, ada yang berbau wangi, dan bermacam2 lagi la…Tepuk dada, tanya selera masing2…:-) Gerenti anda akan rambang mata masa nak pilih kad jemputan nanti:-) Kosnya pulak, bergantung kepada spesifikasi dan design sesuatu kad tue. Sebelum pilih kad kawin, elok la jika korang survey2 dulu… sebab kengkadang tu, kita boleh dapat kad kawin yang cantik sgt2 dengan kos yang lebih murah!


Kad jemputan kahwin jenis notebook...?
11. Kenduri / jamuan

Untuk kenduri nie, better korang lantik sorang tukang masak yang berwibawa. Si dia nie akan arahkan segala barang2 dapur yang perlu dan berapa banyak yang nak dibeli seperti daging lembu, ayam, beras, dsb. lagi. Memang confirm korang tak yah pikir2 lagi bab nie…hanya keluar duitnya sajer…:-) Kalau buat majlis jamuan kat kampung, biasanya orang kampung akan bergotong royong, so bleh jimatla sikit… Cuma jangan lupa untuk bagi sikit ‘saguhati’ pada mereka yang telah menyumbangkan bakti nie! Sebaliknya, jika ada bajet lebih, better korang gunakan khidmat katering jer. Semernya fully complete dan anda tak payah dah nak pikir bab2 nak mengemas ke, membasuh ke selepas majlis selesai… kan senang tu…?

12. Khemah dan kelengkapan lain

Harga sesebuah khemah atau canopy nie bergantung kepada design nya.. ada canopy yang berbentuk gazebo, pyramid, arabian dsb. Dan ada jugak yang simple jer … Harga canopy nie yang paling murah adalah dalam beratus-ratus ringgit dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Biasanya kalu ambik pakej canopy, ia termasuk sekali dengan accessory lain seperti kipas, scallop, meja, kerusi, lampu dll. Again, it’s all depends on the budget at hand….

13. Juru gambar

Tak salah jika korang ‘berhabis’ sikit untuk dapatkan khidmat juru gambar yang professional, berpengalaman dan pandai berinteraksi di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Sekarang nie, kos untuk khidmat juru gambar paling minimum pun lebih kurang dalam RM450++.

14. Hiburan

Biasanya hiburan nie termasuklah persembahan silat, tarian, kompang, karaoke dsb. Yang nie hanya untuk hiburan semata2… kalu takder pun orang tak marah…ikut suka ati korang la nak buat ke tak… Yang pastinya, kalau buat, korang kena berbelanja lebih sikit la…

15. Honeymoon

Haa…nie pun termasuk dalam bajet kawin:-) Biasanya lepas kawin, it’s time for honeymoon la plak…:-) Namun, ada sesetengah couple decide to postpone their honeymoon first. Mungkin sbb diorang busy atau kekurangan ‘modal’. Actually korang bleh jer pilih mana2 tarikh yang sesuai untuk berbulan madu. Kalu tak cukup bajet, pegi la kat tempat2 low-budget skit tapi gerenti romantic seperti Cameron Highlands ker, Bukit Merah ker, Pulau Perhentian ker.. Nie tidak, sebut honeymoon jer, mesti nak pi Paris la, Switzerland la, Canada la… :-)

Okla, artikel nie bukan untuk mengejutkan atau membebankan bakal pengantin semer… Cuma sekadar nak bagi gambaran tentang apa yang perlu dibuat dan berapa banyak yang perlu dibelanjakan untuk sesebuah majlis perkahwinan. Actually, bukan semer perkara di atas yang kena dibuat. Yang pentingnya, rancanglah dengan baik dan jangan membazir, ok…Good luck!


credit to http://setelkahwin.com/blog

Wednesday, December 14, 2011

Petua Mencuci Hati



Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama’.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)


~iluvislam.com~

Wednesday, December 7, 2011

Macam2

huwaa..lame tak hapdate..macam2..sibuk melayan game sukan..macam2..sibuk melayan keluarga..macam2...sibuk melayan MIF..macam2 adaa..haha

hokay, macam2 bende layan hampir sebulan lepas..sampai mybbkn kemalasan melayan belog..ok ok, ni lagii laaa macam2 alasan kan..hahaha

macam menulis tanpa tujuan, lebih baek emy ringkaskan ape yg emy buat hampir sebulan lepas..(baru skrg nk tulis?..ngeee)

1) Kenduri berandoi anak buah lelaki sulung keluarga 69 =). kali ke-6 emy bawak baby untuk dicukurkan rambutnya..ok ok, atas permintaan my sis, i tunaikan ok.sume org dok tnye tang anak haku bila lagi..MIF sila jawab..hahaha

2) Kenduri lenggang perut my 2nd sis..ok, yg ni anak buah emy yg ke-7...yg ni pon baby boy jgk..huray!..hepi btol bila jantina XY ni makin bertambah dlm myluvly family ..:)..ini menandakan team bola sepak berskil tinggi akan berjaya dibentuk pd zaman 2020 nti..so, tguuuuu~

3) Jalan2 ke melaka makan ikan bakar wif family n bbrapa org kawan emy.teringin tetibe.. pantai puteri lokasi pilihan.sedap gile sbb ikan fresh..ptg tu sempat bli ikan2 yg bru naek ke darat...pastu g singgah umah pak sedara kwn kitaorg yg sorg ni..time ni bru thu sepupu dia adalah world cempion sukan layar..huuu..kagum gile tgk piala2 kt umah dia..d good things is, mmg dari kecik dia dh berlatih sukan ni..bak kate parents dia.."ptg2 je musti ilang..pakcik pon tak thu dia kemane,upe2nye ke laut 'keje' kan layar tu"..haha..no wonder la world cempion...pantai betul2 depan umah beb!..

4) otw balik dari melaka, my sis kne rasuk area jam 11 mlm..lalu plak kt area tampin-dangi-kepis..mmg 'keras' tmpt tu..tpi redah jgk sbb dekat nk blik umh..huwaaaa...emy yg duduk sebelah trkujat kjp..xpenah woo ade experince cmtu..kira jadi ustazah pilihan kejap la..maun tak seram..hantu duk sebelah cermin tingkap kete..sakit2 bdn peluk my sis ni..kuat, sore bertukar, kejap nanges,kejap menempik..yg plg ampeh sekali dia siap gelak2..uiiiii....seram gle!..tabahkan hati ni jgk peluk my sis ni. kang tak buat cmtu...buatnye melompat kuar dari kete...ssh plak kn...mlm tu jgk g bawak jmpe ustazah sebenar..huhu..upenye2 kami terlanggar "dia"..jadi "dia" marah..."dia" ialah spesis bunian yg menyerupai ular..huuu..manelah kami nmpk ular melintas tgh2 mlm kn..hmm..bende da nk kena..

5) beli dapur gas dan barang2 keperluan asas dapur wif MIF. since 5 org mber dia lepaking kt aman height..MIF ckp ade kes..tpi emy prefer x amek thu..hal lelaki..korg setel r sndiri..myside yg boleh bantu bg toto n my bantal sebijik..ok la,dripada takde kn..sbb MIF ckp masing2 tido da macam udang da bila waktu pagi..huu..kesian..

6) yg ni plg best nk cite..walaupun berlaku 29 Okt lalu..N.SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA 2011..suka mak nk ulang byk kali kn,haha..hepi siot..berbaloi2 bayar tiket RM50 sekeping ok..KAMI JUARA!...walaupun kami smpai umah jam 3 pagi, tak terasa penat taw..memandu dgn senyuman + kami berkonvoi balik ramai2 smpai bendera n9 berkibar kt kete masing2..haha...jeles tak jeles kn..tak nak ulas corak game pnjg2 sbb dh puas hati sgt2 kuna sumbat sebijik mlm tu..hehe

7) Mesia Vs Indonesia..haha..ni lagi gempak..bertali arus MIF & emy halo2..xdpt tgk same kn..huu..tpi takpelah..mase FAKri buat 'tendangan kencang' smpai bola tak masuk gawang, tali jantung emy ni da putus da..mmg FAK..opss!..sory la..i mmg xsuke u maen ok sejak pre-limpik lg.. tpi kan,pastu jantung ku kembali bersambung lepas my hero en.bad buat finishing dgn bergaya sekali utk penalti terakhir. huu..kita dirahmati. terbenam ego indon yg ala2 berlagak hero bola sepak asia tenggara.haha..IBU SEGALA EMAS KITA PUNYA!..menanges garuda,patah syp digigit harimau malaya..cewah! =)

8) Mesia Vs Syria = kita kalah k...tpi syria deserves utk menang mlm tu...lgpun player kita letih pas berjuang ngn indon kan..pulak tu ramai yg injured sampai syarul pon tak pat maen taw..daku kuciwa! wuwu

9) Mesia Vs Bahrain = aduyai...kekalahan yg ni plg sukar nk dilupakn. dah la leading 2-0.. tetibe kne tinggal 3-2...6 min 2 gol..adeihh..pedih!..mcm tak berbaloi usaha faiz@MIF(pasan gile!..haha) & mahali jaringkan gol cantek mlm tu..amuk smpai tak tgk habis game mlm tu..tapi pastu kan...emy ulang2 tgk gol nazmi faiz kt utube, huuu...trubat kekecewaan..gile cantek budak kecik ni gol..bru 17thn da dpt sumbat gaya cmtu korang nk expect pe kan..bg emy dia pelapis hebat! sampaikn dlm brite tv3 pon tak fokus pd punca kekalahan sebaliknya gol cantik si kecik ni yg dibanggakan..aw..=)

alamak...ringkasnya ape yg haku tulis kt atas ni...menulis tanpa tujuan kunun...blah!..hahaha

bye!

Assalammualaikum...=)




Wednesday, November 9, 2011

jangan biarkan aku...

Ya Allah,

Jangan biarkan aku menjadi hambaMu yg tidak bersyukur..

Jangan biarkan aku menjadi hambaMU yg tidak kenang budi..

Jangan Kau biarkan aku hanyut dengan godaan dan tipu helah duniawi..

Ya Allah..

Aku hambaMu yg sangat lemah...

Jangan biarkan aku sendirian melayari kehidupan dunia ini ya Allah...

Terima Qaseh Ya Rabbi..

Mamat & Geng

Semalam keletihan. penat menghadapi jem masih tak ilang. sampai umh je terus syahid. exhausted.

pas magrib trbagun. tu pun sbb dgr azan sayup2 memecah gegendang telingku ini..

pas menyegarkan diri, layan brite.of coz nk tgk ulasan game mesia vs sngapore smlm. trus terang ckp, game mmg ampeh. tak sangka mesia main mcm tu..hish

tetibe, perut lapa. call MIF said "I luf u" 1st..mcm bese mif da thu da emy tgh sengal.heee. MIF ajak g mkn satay kajang. kali ni best sket sbb ade mamat yg chomel ;) & sorang ank buah MIF..sampai2 je trus mamat ckp:

mamat: eh, kak..kenal lagi ke kita ni..
emy: kenall matt..nape tak kenal plak ;)

..akk masih ingt kamu syg..kamu buah hati kami..kamu jgklah yg selalu habiskan kredit abg mucuk tu tercall akak kan..hahaha

sepanjang makan emy gelak je.ntah geli hati tgk telatah mamat ni.. menghiburkan..mmg kelaka seh kalo dgr dia bercakap...tak mcm abg dia yg bucuk tu..hee ;>

pas makan, mamat pau MIF beli mainan.. bagus2. abang kamu mmg pandai layan kamu syg ;)

Friday, October 28, 2011

xtvt surirumah

ok.now nk mandi,nk masak, nk antar baju MIF..

semalam balik sbn, tak sempat nk anta bucuknye baju..

ok,tata ;)


Insiden Lif


2 hari lepas emy hantar kotak utk MIF after request by him..

sampai je kondo MIF, emy trus naek lif la kan..mls tgu mif,dgn kotak kepit kt tgn knn, n sblh tgn lgi mknn yg emy masakkn utk MIF.

tetibe ati trdetik kalo jupe la si ezany ni, adus jatuh saham i..

sekali kan...mase tgh tgu lif, mmg betul dia ni muncul...waaaa



kn da malu da..huhu..kebetulan mmg kami berdua je naek lif yg sama..huhu

ezany: tgkt brape? (dgn senyuman tgk kotak kt tgn emy)
emy: 2*..time kasih (bls balik dgn senyuman selamber deq)

ishh hadoyai..malu btul awek cun (haha) bawak kotak..nape la time ni plak ko nk muncul..wuwu

pastu trus cite kt MIF, mif gelak puas2..cess! yela, MIF da slalu trserempak ngn dia, emy ni 1st time n dalam keadaan yg memoriable plak tu jupe kan..haahaha..aduyai! ;)




Wednesday, October 19, 2011

Hepi! ;)


sye gembira dgn kehidupan sye

sye gembira dengan apa yg sye lalui

sye gembira dpt menjadi diri sye...

sye gembira kerana dapat menyayangi orang2 di sekeliling sye

sye gembira kerana mereka jua menghargai sye

sye gembira kerana sye sedar kegembiraan ini hanya datang dari Dia...

Dia ingat pd sye..membantu sye..mendengar hati kecil sye ini..

Thanks to Allah...

The Greatest... :>





Tuesday, October 18, 2011

4-2 n9,i rindu game mcm ni!



yeay!.. sejak sekian lama tak dapat tgk,dgr,rasa game mcm mlm ni..

tonite kunalan, my feveret player make a gol..yeaaa!! ;)

finally d result is n9 4- 2 tTeam.

hokeh..semestinya emy rindu gilaa ngn game n result gini..hopefully dis year piala mesia n9 punye!

congrate pd sume player..if maintain main mcm ni..insylh kita ke final.. tq to haiO,kecik n kuna ;)



*detik2 termanis 2 thun lepas...emy n MIF de kt blkg tu ;)


Thursday, October 13, 2011

vivi VS v6



emy: my name is Vivi


MIF: my name is V6


vivi VS v6


guess who win?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V



we both win

because

..we need each other.. :)






Wednesday, October 12, 2011

Masakan Jawa yg pasti!



emy dah jadi chef sambilan skrg. semenjak 2 menjak ni MIF suke order makanan from me especially bile balik dari keje. tak dinafikan kekadang rush, tpi mengenangkan nasib org bujang sorang ni, ase semangat plak ;). honestly, me rase hepy n teruja ble tgk org trsyg mkn ape yg kita masak..lebih2 lagi menu tu dia yg bagi.



hah, ni ayam+hati masak ungkep. tak penah buat lauk cenggini. ni la first try, first time n first hand dari emy...amek pic direct dari dalam kuali gitu..haha



yg ni feberet MIF. emy tak penah buat jgk, MIF bg bhn2 je.. method emy buat sendiri.mystyle.hehe...

" ase ok,tpi kena belaja ngn mak cmne nak buat..ni mmg feberet cyg dari kecik"
..heeee..baek bos!




Friday, October 7, 2011

Reflex Kaki

Hari ni ade latihan kebakaran kt ofis emy. kne turun tangga dari tingkat 7 ke level G.tidak dibenarkan menggunakan lif ok.

Hadoi. dh la kaki ni mmg sakit..double triple sakit la bile kne turun tangga.

bis kje kul 5ptg td ingt nk g reflex jap kt wellnque b4 masuk kje mlm, tpi tak jadi sbb dh smpai depan kedai tetibe MIF cal.."syg~..nak makan.." dgn sore bgn tidonye ala manje..huhu..cian..tpi emy kje mlm. xpat dtg bwk bekal.xsempat.sory yyg..huu


ni bru sampai umah (2am). Balik keje mlm tadi direct g reflex kaki ni.sambung niat ptg td yg tertunda. caket aw..." hehe..yela.." MIF jawab..sbb dari ptg td bising tak bagi g reflex(nape ntah xbagi kan..eshh)..tapi bile dpt reflex, hui lega gila kentang kaki ni!

Penat.sok dapat cuti tnpa rekod. tapi kne bangun awal sbb kul 11 ada appointment ngn dora kt midval. kul 1 plak ngn jojo..pastu pegi pasar sbb ptg MIF nk mkn.menu dia bagi td emy tak penah try, tpi mcm best je..hee, versi ape la emy nk buat sok kn..haha..

huii..letih, lagi letih bile pk esok..jadi jawapannya skrg ialah..>>> tidO..

oklah..

g.nite syg ;)

Monday, October 3, 2011

Terima kasih :)

Terima Kasih ya Allah...


terima kasih Ya Rabbi...


Terima Kasih atas segala-galanya... :')


Belog berabuk

haiyoo...berabuk2 belog ni..kembang kempis idung tahan..=)

last update 25 ogos..hoo..time pose aritu ni..tersangatlah sibuk dgn macam2.(alasan plg best)..hehe

tak tahu nk update ape dah ni..since lame sgt tinggalkn..sebulan la katekan ;>

sebe rengkas xtvt rengkas back dated =) :

1) of coz raye ritu mycyg dtg raye..mcm bese kene spend duet raye for my anak2 buah.pokai paklang =)

2) buat kali ke-5 sha'ari janamin@arie teman MIF dtg beraya. teman plg setia hampir 6 thun lepas :).only he know d path dat we hv goin tru..kali ni MIF bawak amat. muka bru.amat bagi signal pd emy psl MIF yg ada 'tuning'..;0..

3) ouh..hambe dh tak ingt xtvt lepas2..hahaha

oklah..c u syg..malas nak taip.

*1.30am mlm td MIF cal..mengade2 bdk demok syg ini..*eshh..

Thursday, August 25, 2011

Hati yg Berkata





"Ya Allah...untuk mengatakan cinta kepadaMu aku takut berdusta..untuk mengatakan tidak aku takut derhaka... aku hanya insan hina yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju jalan-Mu...bantulah aku, kasihanilah aku..sayangilah diriku.. Jangan Kau pinggirkan aku Ya Allah...ya Rahman.. ya Rahim..."








Wednesday, August 24, 2011

My Notes

6.8.2011
Keje dari 8am - 5pm, sambung keje dari 6pm-2am utk tgk staf handling sarawakian's samples.

7.8.2011
- same as above-

8-9.8.2011
Workin macam bese. it was my bzi week since balik dari sarawak. tensen ngn keje yg byk.bru tgl kan kL 4 hari. tapi kje aduyai. cian kt MIF sbb i bzi..huhu

10-15 . 8.2011
bercuti!!. balik kg seminggu utk lepas dendam berehat. uiii,seronok balik kg tgk my 'kucing parsi'..=).. sabtu bwk adik2 g shopin baju raya...ahad plak sesi shopin utk mak dan ayah..emy pon smpt sambar kasut, aksesori, baju2 dll....

MIF cal asek tnye bile nak balik kL. ok yyg, syg balik ari isnin..mlm isnin tlg MIF hantar separuh barang2 dia kt rumah baru.

16.8.2011
stat keje afte a week holiday. dh cuti lelame ni tetibe rase mcam malas nk masuk kje kan..mlm ke damasara hantar kek lapis dan ikan terubuk kt MIF.

17.8.2011
Pickup my sis kt airport sbb dia dh stat cuti raya. hantar balik umah kaklong. sampai jam 3am, siap sahur sekali. lewat sebab flite delay maa..

18.8.2011
tak ingat lak hari ni ade xtvt ape..boleh ke lupe?..huhu

19.8.2011
Buka pose ngn MIF. at last, cian. bru la ni dpt buka same. tu pun MIF paksa. huhu..ok2..spending time 2gether.. misss my cyg very much..

20.8.2011
Again iftar bersama 2day. dgr cite MIF pasal bos kt tmpt keje baru yg sporting. MIF ckp dpt cuti lame sket utk raya tahun ni. then, emy org plg hepii laa...sbb thun2 lepas MIF cuti tak byk hari. thun ni ok sket. i cry a lot 2day, sbb ape?..sbb suddenly emy trpk kami dh bersama hampir 6 thun..lagi lama lagi byk dugaan, makin lama makin syg..

21.8.2011
shopin hari raya together.
MIF ceklist: 503 levis jeans, kemeja bonia dan durban, kasut sembonia, baju melayu.
emy ceklist: myhandbag, MIF's mom handbag, baju kurung moden.lain2 emy da beli dh...balance shopin MIF suh tuka duet raya..ok lh tu, anak buah emy+ 30 org ank buah MIF..xpe, MIF banje kn..=)

tema kami thun ni is dark purple.. =).. MIF da pening2+penat bila jln kt jalan tar. haha..penat2 dia pon boleh lagi layan mak datin ni...hehe..thun ni emy nk baju plain bermanik. simple je tpi stil nk nmpk elegan..utk MIF plak, thun ni emy nk dia pkai bju melayu johor..bila MIF pkai baju melayu dh mcm datuk wira perkasa dh. ehe...kena plak ngn samping kn,perhh..kelass mybucuk..=)

22.8.2011
off to bestari jaya,selangor..meeting with my staf. a lot of issues. come back to office with a full report. kerja oh kerja...bukan mudah..tpi tetap kena pikul sbb dah tanggungjawab.

23.8.2011
off to bangi utk atttend majlis perasmian MGI oleh YB Datuk Maximus Ongkili. A new institute with a new evolution towards science development. program smpai berbuka posa, tapi kul 6pm da cau cin cau terus balik kL. MIF call nk buka posa same...unfortunately, xsempat sebab jem. ciann kt MIF..huhu

24.8.2011
finally, my lappy da baik after a month breakdown. thanks to Dell , servis mmg mantap. emy decide to extend waranty. then staf dell akan dtg ke rumah kita terus utk repair. yg jadi sebulan sbb emy yg lengah2kn payment.. sumenye sbb mase je..huhu

bru nk balik ke ofis semula, MIF cal mtk dtg. MIF nk uruskn road tax kete.ok, MIF anta emy kt tmpt kje dulu n then proceed dgn urusan dia. cian again, hopefully wlm cepat baik.=)


sekian nota emy utk kali ini...=)


saya gembira dgn apa yg saya lalui sehingga kini....kdg2 suka, kdg2 duka.. itulh kehidupan saye..

Jika kita tidak ingin disakiti.. elakkan dari menyakiti org lain demi kepentingan diri sendiri...

Insyallah Allah akan melindungi diri kita..hati kita,jiwa kita..dan perasaan kita dari disakiti...

Friday, August 5, 2011

Catatan Ringkas

30.7.2011 - 2 .8.2011
Sabtu-Outstation to kuching. 30hb MIF anta & sampai airport jam 12am. check in terus sbb boarding 12.50. sib baek sempat. sempat pesan kt MIF mtk tlg cucikan wuu. dah comot sangat ,emy pon sibuk sgt start from last week.cik we & epul pick up me at airport. sampai2 terus g makan.lapaa...tetibe tringt mee kolok..huu..bes3

Ahad-Jalan2 kt sarikin . hebat emy shopin kt cni sampai sakit kaki..tpi xpe,baju,beg murah2..n.p ;) ...lalala~

tapi hebat jgk lelaki2 ini (arman,cepul,cikwe) berjalan dan membeli belah. holaaa, cik we beli tikar mengkuang bapak giler besar..huhu

Isnin- visit my staf and meeting wif them. emy bawak agenda Datuk utk disampaikan kpd mereka. syukur ,selesai.

Utk tahun ke-2 berposa dirantauan lagi. tapi waktu brbuka kt cni awal, 6.50 kitaorg da dpt mkn..ehe...tqvm pd pakcik abdllh sbb sudi jemput kami brbuka posa kt rumah beliau sekeluarga. ayam rendang, sayur pcuk,paku,nangka rebus..perghh..mmg terbaek sbb sume lauk kg..tetibe ase rindu gile ngn masakan mak..huhu


Selasa- paginya g pasar satok borong ikan terubuk. ade dlm 20 ekor jgk emy beli .tu sume da siap2 kira utk org yg pesan dan mak MIF. smpai aiport jam 11pm. da setel amek brg2 kami, MIF dtg. smpai umah jam 2 pagi..huuu..penat2


3.8.2011 - stat keje cam bese. nothing hapen 2 day..borinkk

4.8.2011 - da abes duet, byr sewe umah bulan ni mtk kt MIF..neway, tq yang ;)

5.8.2011 - smooth meeting arini. mood Datuk pun ok. nk balik kg minggu ni tapi x jadi sbb sok lusa emy kne keje. tapi xpe, i dh plan nk cuti seminggu stat minggu depan. penat dh asek keje je.. ayah pon da bising..bukan ape, takut emy demam agi katenya..yela..asek kejeee jeee..huhu..ok ayahandaku..next week anak mu pulang..;)

ok, now nk off ke bazar ramadhan beli juadah berbuka.

Dikesempatan ini,emy mengucapkan selamat berpuasa pada sume umat islam di seluruh dunia..semoga ramadhan kali ni memberi erti yg besar dalam hidup kita...;P




p/s: blog ni cam borin sbb xde pic kan..huhu..byk kekangan nk letak pic...nti2lah ea..sayang semua ;p

Friday, July 29, 2011

Harimau Malaya..WE stil luv u! :)


Pujian pertama untuk apek kerana telah menunjukkan prestasi sebenar beliau pada perlawanan mesia menentang singapura utk 2nd leg semalam dgn usaha kental menyelamatkan bbrpa try attack dari pasukan singa.

Pujian kedua untuk safee sali kerana beliau mmg dh terbukti bermain dgn fokus dan akal apabila berjaya menyudahkan gol hasil hantaran myfev.player, s.kunalan pada minit ke 57.

Pujian melambung tinggi untuk s.kunalan sbb:
1) player paling RAJIN berlari kesane kesini utk mendapat bola dan
2) telah menyumbang bbrpa hantaran cantek kpd striker: safee
3) berskill 'mencuri' bola dari pihak lawan
4) 'kebal' . ini terbukti apabila ketika beliau dijatuhkan,dirembat,disungkit,dan segala macam blocking dri pihak lawan, beliau tetap gah bangun untuk meneruskan permainan DAN bbrpa insiden sebegitu telah banyak menyumbang sepakan percuma utk mesia.
5) pada awal permainan berjaya mengegarkan pintu gol lawan apabila membuat 1st try utk menjaringkan gol hasil hantaran cantik dari safee sali. walaupon finishingnye xok, at least die dh mencuba kn.dats a gud attitude dan seharusnya itulah yg perlu dia lakukan pd waktu itu.

walaubagaimanapun, langkah penambahbaikkan perlu segera diambil perhatian oleh rajagopal&pengurusan pd:
1) barisan defender - bahagian ini perlu dimantapkan lagi.PERLU,MESTI,WAJIB. muslim,fadhli,amar pd suatu ketika dulu is a very gud team wif an excellent roles pada posisi ini. emy stil yakin dgn 3 hero ni walaupun ketiadaan tonggak utama,aidil. malam ni xberape nk berkesan emy pun xthu punca.mcm lack of communication.apek dh maen bagus dan seharusnya mereka bertiga perlu bijak merancang membina tembok yg sgt kebal dari dibolosi pihak lawan. i stil believe mereka bertiga masih tetap berbisa.

2) passing skill - perlu diperkemaskan lagi. player should b more rileks dan x terlalu ghairah masa nk pass bola kt mmber DAN dalam masa yg sama the passing musti pantas dan tepat. kalo bole gam bola tu kt kaki.;).. semalam emy tgk bola melantun2 mcm bola getah bila dpt kt hadi,mahali,..huhu..pastu 'ter'passing kt pihak lawan oleh ismail faruqi, dan overall plg ketara mereka hantar bola xde tujuan...geram plak tgk..huhu..bkn ape, implikasinya bila passing xcantek,xkemas...xde peluang indah tercipta utk dilorongkan pada striker kita bg meledakkan gol..


3) backup perancang - ketiadaan safiq rahim mmg jelas terasa semalam. Dia mmg kapten terhebat musim ni dan dialah perancang game kita yg plg baik. tapi apakan daya,dia telah terhukum disingapura tempoh hari. wbagaimanapun, pada masa akan dtg, kita perlu ada backup player mcm beliau.sebijik sejibon malah mgkn lebih baik lagi. bkn nk nafikan kredibiliti safe dan aidil, tapi smlm kite dh saksikan aidil terpaksa keluar awal akibat kecederaan dan safee lebih fokus pd serangan sbb itulah kekuatan dia. after dis, kalo safiq xde pun, kita masih ada pemain yg boleh gantikan tmpt beliau dgn baik.


4) more friendly match - rancang game yg lbh byk utk bg pendedahan pd player kita bg persiapan piala dunia 2018 kt rusia nti. cari lawan yg bagus menyerang, ssb kt situ kita boleh uji kemampuan bghn pertahanan kita berada pd thp mana. uji dan uji, uji dan uji. bila dh kne uji selalu of coz ada improvement. biar kalah byk kali sbb itu adalah titik permulaan utk sesuatu kejayaan. kita masih ada byk masa lagi utk buat persediaan.


Sejarah bolasepak tercipta dengan kehadiran 90,000 penyokong semalam. hebat! ini menunjukkan sukan bolasepak kita sedang berkembang dengan baik. xpe kita kalah kali ini. Hikmah Allah tersembunyi. kalo pemain kita kecewa, kita mesti serap kekecewaan itu bersama. .. JGN MENGHUKUM sbb mereka telah berjuang matian2 semalam.sbg peminat bolasepak tanahair, emy akan ttp trus menyokong skuad harimau kita wlaupun dlm hati ni sedih & keciwa..wuwu..tpi xpe..sye bangga dgn harimau saya! dan seharusnya peminat2 lain juga jgn berhenti menyokong, bagi semangat dan teruskan momentum positif ini pada mereka. MEREKA PERLUKAN KITA, SEMANGAT KITA, SOKONGAN KITA....sye bangga dengan kamu semua. Kita patut berbangga kerana pemain2 kita 100% ANAK TEMPATAN dan MASIH MUDA. ini dah cukup bagus. ternyata misi rajagopal utk membentuk satu pasukan yg mantap pada masa akan datang patut kita puji. mana ada satu2 pasukan tu terus hebat kan. dan kita pon tahu, tanpa kegagalan tak mungkin ada kejayaan. Jadi, terima hakikat, buka buku baru dan teruskan perjuangan.


Wednesday, July 27, 2011

2nd leg: mesia Vs singapore..Tiket dh sold ouuttt! FAM,line engaged manjang!

Aisehhhh..

tensen btl la...

tiket da sold outttttt!

im out of my head!..(wahh!)

dari semalam usehe tpi x berhasil..Q tapi smpai kt tgh barisan ..sold out! kuciwe gila kentang!..

adess..cian mberku..da 2 hari melilau kt s.alam,mbpj,bkt jalil

oh FAM..

tlg la releasekan tiket extra..kami nk 24 keping je..dapat yg kanak2 pn ok..kami sanggup beli 6keping x rm5=rm30 .. same je kn nilainye huhuhuu...:)

bukan 24 ribu keping ok..huhuhu

yg pasti konpom ulat2 tiket berterbangan mcm kupu2 esok ni..takat free seat musti die balun rm50..tu pun murah tu...ade info emy bace 1 tix die jual rm500!..ni bkn cekik darah dh ni..ni ptt kne cekik dh!

xkn nk chant kt lua plak..kami dh semangat sok dgn kaler biru kuning dlm stadium..

FAM...

bagi ar brite gembira utk kami sok...

woahhh..woaahhhh..











Thursday, July 21, 2011

Malaysia Vs Chelsea 21 Julai 2011


Tarikh: 21 Julai 2011 (Khamis)
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil, KL

Mampukah skuad harimau malaya memberi tentangan kepada pasukan 'the blues" malam ini?..Kita saksikan sama-sama.. . Mungkin harapan peminat bola sepak tempatan malam ini bukannya pada kemenangan cuma ingin melihat sebanyak mana jaringan yang mampu kita dilakukan. Namun, kemenangan bukan sesuatu yg mustahil jika kita fikir kita boleh lakukan.. " fikirkan boleh!..;)



Astro dh umumkan malam ni ada live game. alhamdulillah..yeahhhhh! akhirnyaaaa!!!!!..

Live game boleh di tonton di saluran :

1) Astro super sport 3 (817) = 8.15mlm

2) Astro super sport 3 HD (831) = 8.15 mlm

3) Astro Arena (801) = 8.45 mlm

Emy harap malaysia akan beri saingan yg sengit pada team the blues malam ini. sama-sama kita sokong ok.

the blues is my passion...but malaysia is my soul..


















Notes

16.7.11 - exam ptd (9am-4pm). terus balik kg coz mlm ade kenduri kesyukuran.

17.7.11 - balik kL, s usual musti jem. smpai kl 11pm, MIF cal mtk hantar inhaler. smpai dmnsara teman plak MIF g kepong antar barang kt kawan.

18.7.11 - EL..huhu..sbb mgkn trlalu penat + basi2 ase nak demam. 9am MIF cal, sore ceria betul tapi i sebaliknye..ok, g klinik b4 im getin worse. tido+lalok spnjg ari sbb medicine. Dr ckp sbb keletihan n suh rehat. ok, nonstop workin mentally since las 2 week. i've to. dh mcm ni,tekak plak nk mkn satay.xoxo. ok,tpi bia dmm baek dulu MIF ckp, bru leh mkn.

19.7.11 - handmade polish & wax wuu.. bia kua peluh cket, n cpt sehat. fite d sakit!

20.7.11 - to umah cousin kt pandan indah 4 dinner. otw pegi MIF ckp " bile nk mkn satay?"..ehe, tq syg sbb prihatin. nxt time ea sbb 2day dh janji ngn cousin nk dtg umh,die bising nti kalo xjadi dtg.

21.7.11 - still thinking bout somethink n i've to make a big decision. O Allah, i kno u alwaz there 4 me, please helpppp me..i need u..i've to choose..tlg gerakkan hati ini utk memilih mana yg lebih baik untuk diriku...tq Allah..i luv u..

Friday, July 15, 2011

mak!

SELAMAT HARI LAHIR MAK!

I LOVE YOU

FROM DEEP OF MY HEART

Belajar dari hidup

Sakit kepale pagi ni masih belum ilang. efek dari semalam ni sebab stress ngn keje. hectic!

1st, my projection on dis project must b presented to Datuk dis mownin. ok, hopefuly afte apa yg dh dibincangkan bersama my colleague at first level,and then to Dr.zul at 2nd level, semalam berhasil. i dh habis perah otak dah datuk! i kno ur expectation 2 me was vry high..i try my best ok..& oh Allah, please bless me dis mownin..wuwu


2nd, semalam amek kete kt MIF. anta MIF kt bengkel utk amek bgb. sok nk g keje tade kenderaan. ciann my MIF. sory syg, mlm semalam i ade hal tapi dh mention kt u y kan.. ;> tenkiu 4 understanding me..

n...tq kerana menjawab setiap soalan sye dengan senyuman semalam..t.kasih kerana mengingatkan sye bahawa ikatan kita masih utuh..

t.kasih sekali lagi kerana mengingatkan sye betapa KITA berdua perlu jadi kuat bila berlaku perkara itu...

ok,my answer: sye dh berserah pd Allah sbb dia Maha Mengetahui....(dengan rasa rendah diri)

3rd, pagi ni nk g serbis kete. ok sok ade exam PTD. owh Allah..minggu ni hambamu ini sgt letih..tapi tak mengapalah, i learn sumtink new tru dis journey..syukur! ;)..kalau tak berlaku banyak benda sepanjang minggu ni, resah plak hati ini sbb takut kalau2 Kau lupakan aku ya Allah..

setiap yg berlaku mmg telah ditentukan. bila kenang balik mmg betul kerana setiap tindakan yg dh kita buat mmg telah ditentukan ikut kehendakNya..

Tuesday, July 12, 2011

aku redha

Terima kasih ya Allah

kerana Kau telah tunjukkan kebenarannya

terima kasih Ya Tuhanku

kerana aku tahu Kau tidak akan pernah memungkiri janji meninggalkan aku keseorangan melayari kehidupan ini

terima kasih ya rabbi

kerana kekuatan ini telah Kau pinjamkan kepadaku

Kesabaran ini telah Kau anugerahkan kepada hatiku

ketabahan ini telah kau hembus kedalam jiwaku

terima kasih Ya Tuhanku

kerana aku tahu Kau telah merencanakan yang lebih baik untukku

sesungguhnya ya Allah..

aku redha dengan ketentuanMu...
















Monday, July 11, 2011

denai kehidupan

Lame x hapdate belog

Ringkasan:

5.7.2011 - buat pertame kalinye dlm idup ini emy derma darah ok ;p..pulak tu bukan 1 @ 2 beg tpi triple beg u kno>>450ml..hoho. b4 dis bukan xnk derma, tapi xlepas syarat. kali ni berjaye!

8.7.2011 - balik kg. afte selesai meting, MIF dtg. dh bgthu da ade meting petang, nk jgk dtg awal. hishh..bdk demok ni ;p. amek mak dari umah kaklong & kami terus balik kg.

10.7.2011 - xtvt sosial dgn keluarge. tghari mkn umah adik,then kami beli set perabot baru utk bilik my sis yg twin tu, ptgnya beli bonzai utk rumah baru kaklong. rm250. paid by my dad.

balik kL jam 5 ptg. anta awen. gerak jam 8pm. jem sbb ade 3 eksiden di sepanjang hiway. jem kt susur keluar kajang paling teruk. jam 9. MIF cal tnye kt mne. " kt atas jalan yg"

ok. sok MIF xde trnsport nk g kje. jam 11 anta wuu ke damansara. otw balik,ade kete wira aeroback bakor2 MIF mase kt t.lite. hanginn la badang malaysia ni, terus kene kejar. kalo MIF dapatla org tu maun kne makan muntah dia.hahaha
sampai umah kne bebel lagi sbb viper xbetul.eh? kne bebel? haha.layankan jela.. senang je ubat nk bg MIF ni diam.eh, ouhh..rahsie la..mne leh bgthu kamu. ;)

dan

hari ni..

hidup mesti diteruskan. sbb perjuangan belum pernah selesai. suka, duka perlu dilalui dengan hakikat. hakikat memerlukan kekuatan. kekuatan memerlukan kesabaran. kesabaran menuntut keredhaan.


terima kasih padaMU..kerana hari yg lalu telah Kau takdirkan dengan begitu indah buatku..;)

Friday, July 8, 2011

Pagi Jumaat

Syukur alhamdulillah

Pagi ni dapat lagi kita menikmati NIKMAT yang dipinjamkan Allah swt kepada kita. ketika berjalan masih sempat kita berfikir, ketika makan masih sempat kita merasa, ketika bercakap masih sempat kita membayangkan betapa agungnya segala ciptaan Tuhan untuk hambanya.

Segala puji hanya padaMu ya Alllah.

Wednesday, July 6, 2011

Subuhku




Selamat pagi Ya Allah

Terima kasih ya Allah

dengan rahmat dan kekuasaanMu aku bersyukur kerana dibangunkan pagi ini

Masih dapat menghayati nikmat yg engkau turunkan pada hari ini

Bersyukur aku Ya Allah..

kerana aku masih mempunyai masa memohon keampunan dariMu

melewati segala dosa-dosaku..

merasa betapa kerdilnya aku tanpa pertolongan dariMU

merasa betapa hinanya aku tanpa keampunanMu

terima kasih ya Allah

Kerana menganugerahkan aku ketenangan dan kedamaianMu pada hari ini

Terima Kasih Ya Allah

Engkau Maha Besar,
Maha Berkuasa,
Maha Pengampun,
Maha Mengetahui
dan..
Maha Penyayang pada semua hambaMu


Engkau yang Terpuji Ya Allah

Engkau yang Terhebat Ya Allah

Engkau yang Teragung Ya Allah

Terima kasih ya Allah...






Tuesday, July 5, 2011

Belog ini

Salam semua

terima kasih kepada kamu2 yg walking atau yg silent reader,

terima kasih sudi melawat

terima kasih sudi melihat

terima kasih sudi membaca

terima kasih sudi menyinggah

terima Qaseh syg :)...

ini belog saye..

ape saje yg terlintas nk tulis akan ditulis disini

boleh jadi aduan,

boleh jadi luahan

atau

boleh jadi curahan perasaan (cewah!)

kadang2 suka..

kadang2 duka..

belog ini belog 'underdog'

tak popular

tak pemes

tak cantek

tak..tak..tak

tapi..

saye ase bahagia menulis (wlaupun ayat xbrape nk baek kn..hee)

lagi bahagia apabila saye thu kamu2 ada disini..

membaca secara x sengaja..

ataupun melihat sebelah mata..

dan mengomen dalam hati..

samada positif atau negatif maklumbalas dari kamu

saye x kesah..:)

yg penting..saye hepii! ;D








Monday, July 4, 2011

Malaysia 2-3 Taiwan: 2nd Leg

Petang semalam dh menyaksikan malaysia diikat oleh taiwan dengan keputusan secara agregat 4-4.


First leg: Mesia 2-1 Taipei

2Nd leg: Mesia 2-3 Taipei

Emy mmg ase x puas hati dgn performance team kita semalam. Walaubagaimanapun, pujian harus diberikan kpd skuad kebangsaan kerana kita layak ke peringkat kedua dengan kelebihan 2 gol ditempat lawan.


Kesimpulan dar game semalam dari kaca mata emy:

1) 1st half penguasaan seimbang antara kedua-dua negara. walaubagaimanapun, peluang lebih byk terhidang pada pasukan kita tapi gagal disempurnakan dengan baik oleh s.idlan dan hadi. kuna n amirul berjaya bawak peranan yg baik selaku sayap kiri,kanan merangkap midfield. our (MIF n me) waghieh> Aidil : u mmg camarlang lah! ;)

2) 2 half dh nampak dh 'penyakit' lama pasukan kita: alpa bila selesa, open defense sehingga membuatkan sharbinee berkerja keras. lagi sakit ati tgk striker lawan membelah-belah pertahanan kita..huhu.passing pon xberape nk kemas.

3) Kesilapan di petak penalti oleh mahali dan fadli sas patut diingati oleh semua pemain. x patut, x patut..geramm bile tgk. hopefully mesia xulangi kesilapan mcm ni sebab kita seolah-olah bagi gol kt pihak lawan.

3) Pujian ikhlas untuk sharbinee sbb beliau dh menyakin emy semalam bahawa beliau adalah saingan keeper terbaik kpd apek. tabik spring dgn penalti pertama yg berjaya diselamatkan. fuh,gagah! ;>

4) s.idlan.>kamon la u...u menyerlah sikijap je semalam.harapan nk tgk die kucar kacirkan lawan x kelihatan. hadi> dh cube trbaik..tpi mcm xmenjadi taktikal yg dibuat. tpi..u ol ttp my best player bcoz of senority.:)

5) fakri ni pun same.. aduh yai.nmpk ghairah sgt nk gol..kn bola dh melambung tinggi kt awan nano..huhu..mcm xbrape nk nmpk ke'sengatan' beliau ni. dlm team negri pon cmtu. hurm..xpe, ni mase down die kut.tpi tlg buktikan u adalah terbaik di mataku..cewah! ;)

6) badrol?..hmm..kuciwa die x dimasukkn semalam. pttnye di masukkn pada awal minit ke dua game sbb die pantas. bole bantu striker. pape pun, pak raja jugak yg lebih mengetahui.kite ni pengulas xbertauliah.hee

7) Chanturu sepatutnya dimasukkan awal. die famos ngn lari kepit taw..haha

8) & lastly, congrate pada kedua-dua pasukan kerana mempamerkan semangat kesukanan yg tinggi sbb di akhir perlawanan xde gaduh2 n regards each other afte game selesai. ini yg plg baek.



ok, 4 d next game, malaysia qualified utk bertemu singapura.

Rimau VS Singa

Away: 23/7
Home: 29/7 (bkt jalil)


Bila singa mengaum, rimau tara papa

tapi..


bila rimau menguap, singa dh tutup mata..;)













Sunday, July 3, 2011

Satey kajang


Jam 3 ptg td emy smpai umah. baru balik dari wedding bob kt senawang dgn opismate. ikut lekas..mmg lekas sampai.

tema bob merah hitam putih. cantek. si bob semart dh mcm hang jebat dh haku tgk.. tpi syg h.jebat 2 kali lafasz. bantai kitorg gelak.aritu konpiden sgt selafaz..ha amek angg..

otw balik borak+gosip ngn yati,ja pasal satu isu ni yg mmg xpenah selesai dan ase puas hati. haa... mcm dh mlas nk layan da isu ni..lantak angg la labuuu...sib baek ade en.adlan yg menghiburkan ;)- (boleh plak tetibe adlan stopkn kete kt tgh2 jalan mase nk masuk rNr..haha..blurr..komen t)

ntah cemane masuk bab satey. dari semalam ase nk mkn satey.dh ckp kt MIF emy nk mkn satey kajang(teringt bos MIF belanje dulu). arini MIF nk ke kajang. mak kedua sakit. oklah..harap2 mak cepat sembuh. nk pegi transport kt MIF. yg dpt emy sampaikan ialah doa kesejahteraan kesihatan mak MIF. satey kajang?..nanti2lah kn...

oklah, emy nk stend by buat cekodok utk tgk bola jap g. bet ngn MIF mlm ni mesia 3. hopefuly s.idlan maen. kuna? oh my fav player yg rajin ttp no 1.konfom mlm ni die ngn amirul hadi dikawal ketat. bdrol bahtiar harap mlm ni ade lagi tendangan gunting yg menawan. nk tgk pak raja caturkan hadi berpartner ngn sape mlm ni..sbb ngn fakri serba x mnjadi..

ok,sekian..syg kamu semua ;)







Aman Height & Musang kee


MIF: halo..syg wat pe tu

emy: xde wat ape2 lh yg..npe (plan nk tgk transfomer tpi xjadi)

MIF: jom ikut cyg g umh baru..nti bwk mop skali

emy: orait

3 ptg semalam emy n MIF bergotong royong membersihkan umh bru MIF di tmn sri serdang.

Disebabkn next project MIF disane, jadi tepakse la MIF move to resident yg berdekatan.

Aman Height

Front view of condo. Kiri blok A, kanan Blok B

MIF otw ke management opis utk urusan amek access card. xde card xley masuk. security ketat mcm umh emy jgk. stended.



kami dh lepas masuk.ni tgh nk cari parking.


masuk2 tgk brg bergelimpangan kt hall. Lantainye dh suci dlm debu dh..


tu la kotak cumei yg emy songlap kt opis aritu..ehe.



bilik ke-2 dan ke-3. besar gak bilik ni


master bedroom. lagi la besar giler.bebas begolek. time ni dh siap mop da.


time ni sumer bilik da siap dibersihkn. last stage is hall utama. MIF suh emy rehat dulu, tpi sbb tgh rajin, xleh nk stop. kelihatan MIF kepenatan & tetido. malas nk kacau.Cian sbb balik dari keje trus ke sini kn.



ade budak degil nk sapu jgk lantai yg berabuk. akibatnye, se2me menyerang beliau selepas itu.


time ni kami dh bersihkn hall. emy rehat jap & snap pic ni dri master bedrom. sayup mate memandang.tingkat ** la katekan.



yg ni view dari hall utama. angin mmg kuat giler dari arah balkoni ni masuk kedalam umah. lantai basah pon cepat kering.

Da selesai kemas. kitaorg balik...

otw balik, MIF ajak mkn durian plak. ok layann...

ade macam2 jenis durian: udang merah, musang kee (tatau betul ke x eje), tembaga & durian bergred D..mcm2 angka...

MIF: "udang merah tu rase die mcm udang yang"

..emy:ha? ok..haha (tetibe!)



Kami prefer musang kee sbb b4 dis dh penah mkn n mmg sedap. sekilo rm33 ringgit. afte timbang RM52


isi mmg cantek. baikkk punyee (version dafi..;p)



yg ni 'musang kee' sye okk..Gred A...hihi ;)

b4 balik MIF beli rambutan 2 kilo. satu utk my hosmate, satu lg utk hsmate MIF.

balik da lewat petang...asar pon pkul 6.40pm..huhu..sib baek emy x kene panah petirr...wuwu