Saturday, April 30, 2011

Kampung

Semalam emy blik keje jam 8pm..penat n letih giler.. bygknlah asar pon jam 7pm..bedosenye aku! huu..

7pm MIF cal. x pasan..dia kalo kite x angkat fon, amukan.tpi kalo kite cal die xangkat, buat deq je..ces!..tpi mmg x pasan kan cal die nk wat cane. bia lah..nk mrh?..dipersilakan..heee..

Luckily otw balik MIF yg drive eventhough die penat.. emy hargai sbb nk tukar kt sban die mcm bole drive g..so emy amek kesempatan utk berehat2 di tmpt duduk sebelah..haha...kul12pm kami smpai kg halaman. sampai2 je tgk makayah da tido. letih tgu kami kut.. then emy mtk MIF balik umah trus sbb dh lewat mlm sgt..nti kang kul bpe plak nk smpai umh..

kengantukan yg teramat..smpai je bilik ase nk tido terus, tpi ase xbest sbb musti nk cium mak ayah n isyak dulu baru leh tido...

then...zzzZZZZ

Ya Allah...ampunkan dosa-dosa hambaMu ini ...berikanlah nikmat tidur kepadaku selepas apa yg kulalui sepanjang hari yg mencabar ini Ya Allah...


Terima Kasih Ya Allah...terima kasih...

Friday, April 29, 2011

Hidup Baru

Insyallah...

Dengan keizinan-Nya hari ni emy & k.saniah dapat setelkan sume dokumen yg diperlukan oleh en.fikri.

Macam2 dugaan yg kami tempuh hari ini. Ya Allah, rase lelah sbb byk sgt perkara yg tersangkut-sangkut. Tapi alhamdulillah, sumenye dh selesai.

Dalam perjalanan balik td, emy kongsi sume rasa dgn k.sany. Syukur dlm perbualan kami ni emy mendapat sedikit jawapan kpd persoalan yg sering menghantui fikiran. Bagi emy, meluahkan masalah adalah tindakan yg sukar, tetapi hari ini emy dpt luahkan pada k.sany seorang, selain Dia.. xthu dri mana kekuatan itu dtg...mgkn Dia yg gerakkan hati ini...

K.sany, terima kasih dgn nasihat dan sokongan kamu. sye sgt menghargainya. sye mmg kagum dgn cara kamu menjalani kehidupan ini.. " Allah is number one, bkn suami kite, bkn makayah kite, bkn anak2 kite, jadi merintihlah pada Dia, dia Maha Mendengar, bende baik kite kne mulekan cepat2....Allah nampak kite, sbb tu Dia pilih emy kerana Dia masih kasihkan emy.."...terima kasih akak kerana menyedarkan sye yg khilaf ini..sye terharu...

dan...

Terima kasih Ya Allah...terima kasih...mgkn dari dia Engkau luahkan kepadaku jawapannya...aku buta selama ini Ya Allah...maafkan aku Ya Allah..

Harapanku cuma satu..semoga daku diberi kekuatan mencari jalan keluar dari perasaan kosong, sunyi,tidak tahu berbuat apa..tercari-cari sesuatu yg tidak pasti sehingga tidak tahu apa yg ingin dicari...

emy nk bina hidup baru...emy penat dgn apa yg dh dilalui...dan ingin melepaskan segala rasa yg menjerat diri selama ini...


Ya Allah, berikanlah rasa cintaku kepadamu di dalam jiwa ini Ya Allah..
Ya Allah, hiburkanlah jiwa ini bersamaMu ya Allah..
Ya Allah, rahmatilah jiwa ini agar sentiasa ingin berada dekat denganMu ya Allah..
(jphbt)





Terima kasih Ya Allah..terima kasih.. :)




Thursday, April 28, 2011

Memberi



==========================================



"...Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya...bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya....."



===========================================




Jodoh

Renunglah sejenak....


Renungkanlah sedalam-dalamnya...................


JODOH tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai men
iti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya maka jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa-doa lewat sembahyang. InsyaAllah, Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu menyangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tidak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang di tuju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah-tengah bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh Agama, Sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan Ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka
bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan-tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan Syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang
mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Moralnya

Terimalah teman anda seadanya..
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap umatNya..
Tidak perlu mencari teman secantik Balqis jika diri tak seindah Sulaiman..
Tidak perlu mengharap teman setampan Yusof jika diri tak setulus Zulaika..
tidak perlu mendamba teman hidup seistimewa Khadijah, jika diri tak sesempurna Rasullullah s.a.w......



~kredit to lamanmutiara.blogspot~

Hati Ini

sye sedang berusaha mencari yg terbaik untuk diri sye...

sye inginkn yg terbaik dalam hidup sye...

sye lemas memikirkan hal ini sejak dulu lagi...

Kalaulah sye sempurna utk mendapatkan ape yg sye inginkan...

sye tidak pernah dan tidak mahu meminta apa2 dari hidup manusia lain...

sye thu sye hamba-Mu

sye thu sye sangat perlukan pertolongan dari-Mu

untuk berusaha memperbetulkan kehidupan sye masa kini kesan dari masa lampau sye...

Ya Allah...

kenapa hati ini selalu mendahulukan kpntgan & hati org lain?..sehingga membuatkan sye selalu merasa tidak berhak atas hak & hati sendiri...

sye adalah sye kn Ya Allah....

sye tidak patut bertanya begini kepada-Mu kan Ya Allah...

kerana sye thu kamu anugerahkan hati begini kpd sye kerana hati ini, jasad ini dan hidup ini adalah milik-Mu kn Ya Allah...

Ya Allah...

jgn Kau putuskan kasih sayang dan rahmat-Mu kepadaku...

Ampunkanlah dosa2ku....

Ampunkanlah dosa2 'hati'Ku..

sye sayang kamu Ya Allah...

sye amat mencintai Kamu...

Tuesday, April 26, 2011

Terima Kasih

Terima kasih kerana menjaga sye...

Terima kasih kerana melindungi sye stp masa...

Terima kasih dgn teguran,kritikan & nasihat kamu yg byk membantu sye berfikir tentang kelemahan diri ini...

Terima kasih kerana ujian yg sentiasa kamu duga pada hati kecil ini,

menyebabkn sye lebih mengenal kekuatan diri..

menyebabkan sye sedar bahawa sye adalah hamba-Nya & milik-Nya sampai bila2..


'Terima kasih' kerana kamu mmg layak mendapat kata2 ini...


.MIF.

Sye mahu kamu tahu bahawa....


........kamu adalah........


...Hati sye...


dulu,kini dan selamanya....



~Insyallah ~






Kekuatan Hati






..Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar seorang manusia yg sempurna..
Banyak yg perlu dikorbankan..
Banyak juga yang terpaksa dilepaskan...



Sekali langkah tersadung,rebah menyembah dan terasa sakitnya..

Sekali langkah gagah,tersenyum.. bersyukur, bahagia dan ceria...
Tetapi semua itu memerlukan pengorbanan..
Menuntut kesabaran dan airmata..
.

Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yg betul,
Usah gusar pada "anugerah Ilahi"..
Anggaplah bila sesekali di duga dan di uji
Itu hanya sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita bangun
Untuk menjadi..
Sesempurna insan....


~kredit to ruuhul~




Epilog Seorang Hamba


Bila mentari bersinar terang
Terpancar cahaya suria
Memuji KeAgungan Tuhan Pencipta
Menginsafi kedhoifan..


Bila mentari menghilang diri
Terbit pula kenangan lalu
Tertundukku pasrah sedih ku menyepi
Hanyut dalam arus berliku..


Oh Tuhanku Yang Esa
Ampunilah hambaMu
Berikanlahku kekuatan
Mengharungi mehnahMu...


Ku pohon restu hidayah dariMu
Rahmatilah hidupku..
Terimalah oh taubatku penghapus segala dosaku..


Ya Karim,Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Deruan ombak menghempas pantai
Bergelora di pukul badai
Himpunan buih di tepian
Ia tidak berkekalan..
Begitulah hidup manusia...


-brothers-

Airmata Wanita

Mengapa Ibu Menangis ?

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu, mengapa ibu menangis ?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita."

Saya tidak mengerti," kata si anak lagi.Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tidak akan mengerti......".

Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis ?" Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan." Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya.

Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis.

Saat Allah menciptakan wanita,

Dia membuatnya menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.

Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya. Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri...

Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.

Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih, sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah.

Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur.Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.

Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegetiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita ? Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi...

Dan akhirnya...Allah berikannya airmata agar dia dapat mencurahkan perasaannya.......

Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan...

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata!

Inilah airmata kehidupan.

Minggu Letih

Letih.penat..exhausted!


Ahad-Isnin outstation..


Selasa- praAudit pusat


Rabu- kemaskini doc yg x lengkap


Khamis - meeting dgn ketua audit


Jumaat - meeting dgn dato'


xsempat byar sume bil,g bnk byr kete,bank in duit, sign utk doc bank di bangi


...stress..


Saturday, April 23, 2011

Mee Goreng

walaupun da slalu tgk mak buat mee goreng, siap2kn bahan...tpi bru hari ni emy buat mee goreng...pelik lak bunyi ni,huhu

Buat ni pon sbb nk cube rase masakan sendiri. emy ni xde la power sgt msk, cket2 bole la kn..asal lepas kt tekak sendiri...tpi kalo org len nk cube pe lah slhnye...xsedap bgthu emy, sedap bgthu kawan..ececej, cm iklan plak kn..:)

selesai buat, cm bese, mey serahkan pada pengkritik tetap..MIF...

Hasilnye....


Sedappppp!..


huhuhu...


asal buat makan je.sedap...huhu..MIF ni betul ke puji iklas ni..atau nk amek ati jek..wuwu


tpi...emy ase sendiri mee ni mmg sedap (hahah!)..seyes, betul ke haku yg buat mee ni??..hahaha


ok, fine!..i da lulus bab goreng mee ni..yeah!

Thursday, April 21, 2011

Rain=Hujan

Rain bermaksud hujan...


Kalo hujan..messti ase cejuk..kalo ase cejuk..musti kte nk rase panas kn.....now is hujan..


Mari kite berpanas2an dgn lending kt bahu "Rain" ni hokeyy...





Cak!...




..Rain yg cumel..sye mmg suke tgk kamu ok... :)






..sye lgi suke tgk "Rain" Malaysia ni...




..hua hua hua...



Intebiu

Letih, penat..rase nk putus urat saraf..arini berjoging2 dlm ofis..berlari sane, berlari sini..dh ade plan nk buat ape, tetibe ptg ni meting plak..musti bos ade hal sok ni..kalo x xde ar die buat awal..n ptg ni ade intebiu dgn calon2 yg memohon utk jawatan Q17 plak kn..clash

dlm ramai2 calon yg emy intebiu, arini ade sorang calon yg mengelikn ati..haha.. percakapan die pon da nk buat emy gelak. ingtkn haku sorg je, upenye panel laen pon ase yg same. calon ni bole dikire mcm zizan versi blur2 n lost2..haha,lagi plak die kate die kje kt WWF...haha..mule2 ingtkn wrestling, bantai haku gelak smpai tunduk muke kt bwh..tambah2 muke die stil blur2 lg bile tnye soklan yg mudah...upe2nye die kje kt pusat pelindungan penyu karah..dgn penuh semangat die cite pasal penyu plak..haha..adoyai! bru emy thu kt melaka ade pusat2 perlindungan penyu nih..tpi calon ni mmg natural cmni agknye kn...penah x jumpe org yg kalo kite tgk muke die je ase da nk gelak?..haaa.. mgkn sbb die natural n tak buat2, jadi terkesan kt sume hati panel arini..:D

Wednesday, April 20, 2011

Airmata 19 Apr

Smlm is my besday, special thanks pd sume kawan2 yg wish..ur wishes make my day..:D tengkiu so much! :D :D

to my adik beradik > Ayu, kembar, along oso myanak2 buah kesayangan...t.kasih ingt kt maklang yg oldskol ni..wuwu

Smlm mak cal n wish my birth, then she cry. OMG..mumy, i love u so mushh :')

Mak: ...(nangis)..selamat hari lahir..smge pnjg umur murah rezki..
Anak: mak jgn la nangis..t.kasih mak ingt besday alang :)...(seyes, emy sebak mcm nk mati!)

sbg anak kite xperlu tnye mengapa airmata itu jatuh utk kita...itulah tanda kasih ibu yg x berbelah bahagi utk anak2nye..

mak, alang sayang mak n ayah sgt2..xde perkataan yg terbaik utk digambarkan perasaan ini..

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku
Peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku..
kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku..

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
Jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan
Bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka
Sehingga kami semua berkumpul

bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

terharu, sebak,gembira dlm tangisan sbb rse diri disayangi..



7.30pm,19 Apr 2011

MIF: syg wat pe?..cyg bru bgn, pngsan dari smlm..nie bukan tlebih tido, btul2nye pengsan..bgun pukul 2 lebih, xcaj fon..bgun2 je caket pale (sore mcm pasrah je ...trlebih lembut..cejuk ati dgr)

MsMIF: ptt la..sokay,xpe yg..now dh ok ke yg? cyg da mkn blum ni?

MIF: bru je nk ddk mkn.........

MsMIF: xnk ckp pe2 ke kt syg rini...

MIF: Allah...huhu...hepi buffday sayang..sory

MsMIF: tu je? heee...t.kasih yang..thanks :)


Terima kasih semua..

Terima kasih Ya Allah..

Monday, April 18, 2011

Ringkasan 3

16 Apr 2010
-MIF anta kete, brekfast n trus balik kg
-xde air kt kg, balik umh uwan
- emy dpt anak buah yg ke-5 ok. :) m auntie, n MIF jadi paklang

17 Apr 2010
- Kempit kawen
- Balik kl jam 2.30ptg. bekal MIF nasik sbb beliau lapa
- smpai s.alam 4.45ptg, 3 min afte tu MIF smpai dri damansara.
- kami g umh umi bg myjubah & brg2 kiriman mak beliau
- teman MIF beli water heater, towel,singlet v neck,pewangi bilik n adaptor
- mkn kfc, mkn durian, (sebiji rm20) puas hati! :)
- MIF anta balik

Wednesday, April 13, 2011

Hana Tajima yg fashionistah!

wooo...chic+stylish minah sorg ni..ntah tetibe tertahu psal die pagi ni mase tgh bce artikel psl yuna..upenye die berkawan baek ngn yuna..& even designer utk tudung yuna...n mereka dh penah wat collaboration berdua dlm Live Fashion Love Music...tgk ni

sesape yg ikut fesyen musti thu pasal die ni. Hana ni kacukan Jepun-Inggeris. Name sebetul Hana Tajima simpson..ha kelass tu name die.. (tajima-papa die yg berbangsa Jepun) , Simpson (mama die yg berbangsa inggeris). sekarang beliau di London dan merupakan pereka fesyen muslimah disana.plg best hana da convert masuk islam 6 tahun lepas. owh..awesome lah!..suke tgk die ni..cute n manis! =)

org santekk pakai ape pun ttp nmpk santekk kn..ni bbrpe keping gamba hana tajima bg sesape yg belum mengenali beliau..






*pic ni plg suke tgk! simple n gojes

sesape nk kenal lebih bole g kt belog die di http://www.stylecovered.com/

Boys yg nk cube usha...peluang dh trtutup ye...sbb Hana dh kawen ngn Nibras Hasan.. hee

Ihsan


" oo...gelak2kn org ea..hehe..syg kate xsampai 100 pon kn aritu.."

hahaha...

terime kaseh MIF kerna telah membantu menservis wuu sye tgh2 bulan ni smlm! =).. the costing sye x expected smpai byk tu ok..hee..tula, org suh g wat awl, sape suh lmbt g serbis kn..kn da byk nk kne tuka..nwy,mekaseh yyg!



Tuesday, April 12, 2011

Ringkasan 2

2 Apr 2011
-1st time try buat kuey karipap.
- 5pm karipap siap goreng
-5.30 MIF smpai umh n kami bekelah kt tasek smapai ke magrib. MIF dilantik menjadi juri pengkritik karipap buatan tangan emy ni.
- hasil skor dari MIF:'sedap dan tolong buat lagi;...yesssss!!!!..hahahaha [gelak puas ati apabila org mghargai pe yg kite buat okk :) ]

3 Apr 2011
- chill ngn umi afte singgah kt butik beliau. g selayang umh ida n mkn2
- balik anta umi smbung g uptown.balik 11pm

5-6 Apr 2011
- outstation ke sitiawan perak wif 3IT officer VS 1 wonderwomen(hee). tepakse naek vios en.adlan ni sbb MIF xkasi bwk kete jauh2, kang xcident g kate die..cess! kansel niat nk ronda2 perakotaraya..hurm..
- sepanjang pegi sokmo org jual durian tepi jalan.ishh nk benti takut lmbt smpai
- smpai lokasi staff ajak mkn durian.wahh..mcm thu2 sudahh! tengkiu bro :)
- smpai hotel, solat n out balik ngn si cepul g mkn. dpt mkn free kt makcik katering.haha, cepul pndai pilih port. balik trus tetido. mlm bru tringt cal MIF.lah!..lupe nk bgthu da smpai, kn da bising.haha

- 6hb gerak pulang kL. b4 tu singgah umah Adi kt kg.parit utk mkn nasik tengahari. menarik sungguh kg adi sbb depan umah tebentang luas sg.perak..fuh! jeles tul dpt suasana kg cmni. thanx to mak adi sbb sgt baek hati jamu mkn n kueh mueh utk kami =)
- smpai kl jam 5.30ptg.
- MIF cal jam 10pm bgthu ce2me n caket pale.laaa,.sape wat yyg caket pale ni?..u tell me!

7 Apr 2011
- ceramah unleash ur potential by en.shukri ibrahim. mmg selow tpi berisi di akhirnye.
- MIF ajak g mkn mlm same2 tpi emy keje malam arini. cian, tpi dgr sore die cm semagt cket n s long s da ade cket ase sehat, emy ase bahagie :)
- balik keje jam 2.30am

9 Apr 2011
- MIF cal 5.30am..kejut subuh awalnye yang..huu
- 12.30tghari MIF amek emy kt umah.arini kami nk ketawe sesame ok! :)
- jam 8mlm kami gerak ke umah fifi amek set katil yg dijanjikan. tgu si black nk dekat 2 jam, sesat plak.telepas simpang ..sian plak kt black n kawan dielg sorang yg dlm lori tuh..lelame kami suh die tgu kt klcc sbb die dh sesat smpai jalan pudu..haha...MIF: "ko ptt cari jalan ke rahmatullah lah"..hahahahaha.. emy gelak x hengat ngn MIF...
- black mmg kelaka + MIF suke sakat..

Friday, April 8, 2011

Ringkasan

Lame dh emy x hapdate belog ni.rindunye.. sib baek x besawang je =).. reasonnye ialah lappy stil ade kt MIF & nk harapkan mengemaskini belog ni kt ofis, alamatnye mmg tak sempat lah..

tapi nie sebe sedikit ringkasan kehidupan yg emy lalui afte besday MIF..

12 Mac 2011
-dis wekend ejoy kawen(MIF says: ejoy ni same tarikh besday ngn cyg & dpt 'org umah' pun same jgk ngn cyg..adui..hee).
-Balik kg dgn MIF, otw singgah mkn kt Johan seremban sbb MIF da lapa sgt, da xleh tgu smpai kg.sian, sampai umh parent emy dlm pkul 9pm & kami trus lepak tgk game n9 vs sgor. (of coz la da salam makayah kn). then MIF balik bwk my wuu.

13 Mac 2011
-Bwk adik2 g bli kasut, baju.
-Balik KL afte isyak.sampai jam 12mlm.kimi raikonen@MIF drift otw balik.

14 Mac 2011
-Satu hari je keje & pulun siapkn kje b4 nk g holiday
-otw balik semban, singgah umah MIF bg charger fon.smpai jam 2 pagi.
-berkumpul umah kaklong. makayah da smpai jam 12tghmlm. Jam 5 pagi sok nk mulekan perjalanan dh.

15-18 Mac 2011
-Family holiday to P.Pinang & C.Highland. journey dgn 2 kete.
2 hari 1mlm dirumah maklong di bukit mertajam, then baru move to C.H lalu simpang pulai. las ke CH ni mase emy darjah 2..huu..lame tu kn. stay di park view apartment. sgt luas & selesa bg family. emy plan dgn MIF one day nk bwk family MIF dtg cni.
-afte berseronok2 disane & memborong sayur2an yg trsangt lah murah, kami pulang lalu tapah.dis time ayah emy yg drive sbb jln tapah ni agak kecik & sempit. seriau kalo bas n lori yg lalu. MIF pon da sound awal2 mtk ayah yg drive kalo ikut tapah ni..baeklah bos!
Patut da smpai kg da time ni, tapi maklang emy di rawang mtk kami tido semalaman di rumah mereka. kene la singgah kn. disepanjang pejalanan pulang, ayah kate tak penah lagi kami pegi holiday selame ini..mak pon da risau pokok bungenye kt kg tu. hehe

19 Mac 2011
-Kami gerak balik dari rumah maklang afte zuhur. Singgah jap kt umah MIF bagi ole2 dari penang&CH. ole2 utk bos MIF pon ade =). dlm 20min afte emy,family borak2 ngn MIF.kami gerak balik. sejuk mate memandang tgk MIF cium tgn makayah n kakak abg ipa emy.haa
-otw nk balik, ank buah emy suh pusing balik, membising kate nk pegi umah uncle faez 2x. ishh,bdk2 kecit kesayangan emy ni kn..mmg nakal =)

20 Mac 2011
Balik KL, MIF bgthu nk g penang.ok

21-23 Mac 2011
-bekeje spt bese, timbunan keje sbb cuti pnjg.ishh, tensi!
- xjd dtg amek lappy kt MIF sbb emy pnt sgt.

24 Mac 2011
-otw balik afte bis keje malam, emy xcident.huhuhu. dis is my 1st time jadi cm ni. emy langgar kete org dari belakang.ikutkn SOP mmg emy salah, tpi ikutkn cara, india itu (mr.raju& fren) salah sbb die benti mengejut n ubah position kete, jadi emy xdpt nk elak. ces! haha cmner leh xcident emy oi...sbbnye sye sgt ngntuk n penat mgu ini okkk..
- takut n panik,trus cal MIF. MIF dari damansara pecut dtg cni. dpt khutbah free dari MIF..wuwu. sementara tgu MIF dtg, emy call ayah. syg kt ayah sbb ayah kate: " xpe, sikit punye hal tu. tgu faez dtg, mtk faez uruskn sume ok"..=)
- dlm jam 3 pagi, setel sume ngn mr.raju itu.die byr rm200 afte MIF mggunakan kepakaran kegertakannye.hehe..sye thu MIF saye mmg gagah! =)
- MIF bwk balik kete emy utk urusan overhaul. bis kemek kete i taw!. nk bukak pintu sblh driver pon ssh.

25 Mac 2011
MIF anta my wuu ke woksyop. mtk tokei kedai tu siapkan cepat sbb emy mmg plan nk balik kg hari ni. my fren wedding.

26 Mac 2011
luckily kete emy siap dlm jam 2pm. cepatnye!..=) emy smpai s.alam jam 5pm.MIF amek. tokei tu kate die OT smpai mlm repair kete emy tu. huhu..OT tu. kesimpulannya dari insiden malang tidak berbau ini, terbang $ sebyk rm750. tpi rm750-200= rm550 je yg kami byr. minum ptg n then emy terus balik kg. tq yyg 4 ol u hve done 4 me, 1.4.3 =)

27 Mac 2011
Balik kL afte asar

29 Mac 2011
MIF kate sok mak nk g umrah. so, emy anta kete sbb v6 pulak wat hal. smpai2 je mase nk amek MIF, die gelakkan emy..eh,nape plak ni yg?..
MIF: mak g umrah 31hb la yang. cyg silap tarikh.hehe
Emy: ces! =)..xpela, cyg bwk je kete ni, syg xmo nk pusing2 balik

31 Mac 2011
MIF cal tnye nape emy senyap je sejak semalam. ishh..yeke?..xlah yang,jgn pk bukan2. syg penat je..kje. nk audit g nie.=)..syg MIF!