Friday, December 30, 2011

air tangan


Seronok ase arini mcm dunia ni kita yg punye..dh ar cuti kan, pepaham jela kalo dh dok kt umah kan..

awal2 pagi da g tesco bli brg dapur..sms MIF skali kut2 ade dia nk kirim pape..so ceklist asas spt tepung, cili api, minyak masak, telur dan ikan blis 2 versi..amboi bf haku ni..dua2 bilis dia nak..haha

kemudian, cam bese dh cuti2 ni keje i jadi mastercef MIF walaupun tak berape nk master kan..

menu arini: sotong masak sambal bersantan, ikan bakar cencaru (kali pertama buat pes hasil tunjuk ajar sifu ku: puan chempakamerah) n oso fav dish mykoboi tu> tahu kicap jawakian dia la kan..pe lagi..

kul 4 ptg mykoboi cal nk dtg umah since he went to his office here. tujuan asal nak amek brg2..tapi sbb dishes xmasak g, xleh r i suh die dtg sbb konfom die tak suke tunggu..n i decided to delivery lah..

kul 6.30 sampai kt MIF..bajek kjp je nk anta lauk pauk n then balik terus tapi ntah hangin monsun mane plak MIF ni nk g jln2 sekitar situ..siap kne halau lagi duk sblh sbb die nk drive..haha.lantak lah yang..btw, umh yg kite tgk td santeklah..:)

pape jelah kn..yg pntg air tangan da smpai sane...semoge bertambah sehat dan demok mykoboi itu..heee


selamat mlm :)

















Thursday, December 29, 2011

Childish


semalam i kje malam..tetibe mif call

mif: syg..wat pe
emy: keje..
mif: balik kul brape?
emy: 6pagi
mif: iye..eshh..lmbtnye balik...da mkn lum?
emy: dah..awk? (tnye jgk tu...budi bhs budaya kita kn..hurm)
mif: kite pon da mkn..buat nasik goreng sndiri..
emy: (sian plak dgr cmni...tapi mls nk layan ah)...ouh yeke..

*pnjg g sesi ni tpi maleh nk taip..cukup r tu kn..*

MIF ade buat slh kt i....dia thu ape ade dlm hati i ni...n i pon thu pe ade dlm hati dia...

tapi..lelaki type alfa ni kalo buat salah mmg mcm tu ar..childish!

Dia thu i marah ape...tpi bile pk balik die pon xthu bende tu jadi...tpi cara tu ttp salah..kne mmg ttp kene ar!

hurmm..takpelah

i maafkan u syg..


baik i buat ceklist wedding..tu pon xsnpgup nk tgk..nk kne jadualkn everything..

salam~




p/s: byk bende nk pk lagi kn..yg bermanfaat..=)





Friday, December 23, 2011

Ceklist

Anggaran ‘budget’ untuk perkahwinan anda

Dalam proses merancang perkahwinan, perbelanjaan atau bajet menjadi perkara utama yang perlu dipikirkan. Kalau takde duit, camne nak buat majlis kawin, betul tak? Biasanya, pengantin lelaki la yang agak pening kepale bila pikir pasal bab2 kawin nie. Yelah, main angka berpuluh2 ribu… mana nak cari duit, beb…

So, bagi mengelakkan sebarang krisis kewangan menjelang hari bersejarah tue, si lelaki nie hendaklah menabung awal2. Supaya nanti you all tak ler duk berhutang keliling pinggang…:-) Selain tue, semua bakal2 pengantin pun hendaklah membuat anggaran perbelanjaan mereka sendiri supaya senang mereka nak bajet banyak mana duit nak pakai nanti..

Ok, di bawah nie ada beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa membuat anggaran bajet untuk majlis perkahwinan:

1. Kursus kahwin

Kursus nie penting kerana jika takde sijil kursus kahwin, maka tak kawinlah anda! Rase2nya, skrang nie kos untuk kursus kawin – RM80 (kalu tak silap la).

2. Mas kahwin

Mas kawin nie adalah perkara wajib di dalam setiap majlis perkahwinan. Jumlahnya pun berbeza-beza ikut negeri masing2.

3. Wang hantaran

Biasanya ia menjadi punca ‘bebanan’ kaum lelaki terutamanya jika pihak perempuan meminta wang hantaran yang agak tinggi. Sebenarnya, kedua- dua belah pihak haruslah bertolak-ansur dan hendaklah mengikut kemampuan pengantin lelaki itu…. bak kata pepatah, ‘ukurla baju di badan sendiri’…

4. Upah juru nikah atau tok kadi

Korang jangan lupa lak untuk sediakan upah tok kadi yang mengahwinkan anda! Upahnya tak ler mahal sangat.. biasanya dalam RM80++… depends kepada negeri masing2 la.

5. Barang hantaran

Barang hantaran nie kadang2 akan memakan belanja yang agak besar. Mana tak nya jika masing2 berkenan barang2 yang mahal seperti ipod, digital camera, netbook dll. Barang2 hantaran nie biarlah berpada2 kerana ingat, banyak perkara lain lagi yang perlu dibereskan!

6. Gubahan hantaran

Setiap majlis pertunangan dan perkahwinan akan tampak lebih meriah dan berseri jika dihiasi dengan barang2 hantaran yang digubah indah! Untuk menjimatkan bajet, cuba gubah sendiri barang2 hantaran tue. Ataupun mintak tolong sedara mara ker. Sebaliknya, kalau ada bajet lebih, korang boleh mengupah orang luar untuk menghias barang2 hantaran tue.

7. Cincin atau barang kemas yang lain

Pilihlah cincin atau barang kemas yang sesuai dan di dalam range bajet anda. Jangan sebab nak menunjuk-nunjuk, wang pun tergadai sama! Ingatlah bahawa terdapat banyak lagi bende lain yang perlu dibuat sebelum anda bergelar suami isteri!

8. Pelamin

Terdapat bermacam2 harga untuk pelamin nie, ada yang murah dan ada yang mahal. It all depends kepada style dan hiasannya. Untuk pelamin yang in trend, mahal la sikit harganya. Kalau yang dah outdated sikit tue, murahlah skit. Ikut bajet masing2 la…yang confirm nya, korang hanya akan gunakan pelamin nie sekejap jer masa posing amik gambar … so, pikir2 la yer…


Cun tak pelamin nie...?
9. Baju pengantin

Biasanya, baju pengantin yang paling basic ialah baju untuk nikah dan sanding. Masa bersanding tue, tak yah la bersalin banyak2 baju. Dua persalinan baju lace dan songket tu pun kira dah cukup! Boleh cut cost sikit. Maklumlah, sewa baju pengantin nie bukannya murah beb! Biasanya baju pengantin nie dimasukkan sekali dalam suatu pakej perkahwinan..

10. Kad kahwin

Kad kawin nie pun ada yang macam2 jenis. Ada yang khas untuk VIP, ada yang bentuknya seakan-akan notebook, ada yang berbau wangi, dan bermacam2 lagi la…Tepuk dada, tanya selera masing2…:-) Gerenti anda akan rambang mata masa nak pilih kad jemputan nanti:-) Kosnya pulak, bergantung kepada spesifikasi dan design sesuatu kad tue. Sebelum pilih kad kawin, elok la jika korang survey2 dulu… sebab kengkadang tu, kita boleh dapat kad kawin yang cantik sgt2 dengan kos yang lebih murah!


Kad jemputan kahwin jenis notebook...?
11. Kenduri / jamuan

Untuk kenduri nie, better korang lantik sorang tukang masak yang berwibawa. Si dia nie akan arahkan segala barang2 dapur yang perlu dan berapa banyak yang nak dibeli seperti daging lembu, ayam, beras, dsb. lagi. Memang confirm korang tak yah pikir2 lagi bab nie…hanya keluar duitnya sajer…:-) Kalau buat majlis jamuan kat kampung, biasanya orang kampung akan bergotong royong, so bleh jimatla sikit… Cuma jangan lupa untuk bagi sikit ‘saguhati’ pada mereka yang telah menyumbangkan bakti nie! Sebaliknya, jika ada bajet lebih, better korang gunakan khidmat katering jer. Semernya fully complete dan anda tak payah dah nak pikir bab2 nak mengemas ke, membasuh ke selepas majlis selesai… kan senang tu…?

12. Khemah dan kelengkapan lain

Harga sesebuah khemah atau canopy nie bergantung kepada design nya.. ada canopy yang berbentuk gazebo, pyramid, arabian dsb. Dan ada jugak yang simple jer … Harga canopy nie yang paling murah adalah dalam beratus-ratus ringgit dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Biasanya kalu ambik pakej canopy, ia termasuk sekali dengan accessory lain seperti kipas, scallop, meja, kerusi, lampu dll. Again, it’s all depends on the budget at hand….

13. Juru gambar

Tak salah jika korang ‘berhabis’ sikit untuk dapatkan khidmat juru gambar yang professional, berpengalaman dan pandai berinteraksi di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Sekarang nie, kos untuk khidmat juru gambar paling minimum pun lebih kurang dalam RM450++.

14. Hiburan

Biasanya hiburan nie termasuklah persembahan silat, tarian, kompang, karaoke dsb. Yang nie hanya untuk hiburan semata2… kalu takder pun orang tak marah…ikut suka ati korang la nak buat ke tak… Yang pastinya, kalau buat, korang kena berbelanja lebih sikit la…

15. Honeymoon

Haa…nie pun termasuk dalam bajet kawin:-) Biasanya lepas kawin, it’s time for honeymoon la plak…:-) Namun, ada sesetengah couple decide to postpone their honeymoon first. Mungkin sbb diorang busy atau kekurangan ‘modal’. Actually korang bleh jer pilih mana2 tarikh yang sesuai untuk berbulan madu. Kalu tak cukup bajet, pegi la kat tempat2 low-budget skit tapi gerenti romantic seperti Cameron Highlands ker, Bukit Merah ker, Pulau Perhentian ker.. Nie tidak, sebut honeymoon jer, mesti nak pi Paris la, Switzerland la, Canada la… :-)

Okla, artikel nie bukan untuk mengejutkan atau membebankan bakal pengantin semer… Cuma sekadar nak bagi gambaran tentang apa yang perlu dibuat dan berapa banyak yang perlu dibelanjakan untuk sesebuah majlis perkahwinan. Actually, bukan semer perkara di atas yang kena dibuat. Yang pentingnya, rancanglah dengan baik dan jangan membazir, ok…Good luck!


credit to http://setelkahwin.com/blog

Wednesday, December 14, 2011

Petua Mencuci Hati



Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama’.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)


~iluvislam.com~

Wednesday, December 7, 2011

Macam2

huwaa..lame tak hapdate..macam2..sibuk melayan game sukan..macam2..sibuk melayan keluarga..macam2...sibuk melayan MIF..macam2 adaa..haha

hokay, macam2 bende layan hampir sebulan lepas..sampai mybbkn kemalasan melayan belog..ok ok, ni lagii laaa macam2 alasan kan..hahaha

macam menulis tanpa tujuan, lebih baek emy ringkaskan ape yg emy buat hampir sebulan lepas..(baru skrg nk tulis?..ngeee)

1) Kenduri berandoi anak buah lelaki sulung keluarga 69 =). kali ke-6 emy bawak baby untuk dicukurkan rambutnya..ok ok, atas permintaan my sis, i tunaikan ok.sume org dok tnye tang anak haku bila lagi..MIF sila jawab..hahaha

2) Kenduri lenggang perut my 2nd sis..ok, yg ni anak buah emy yg ke-7...yg ni pon baby boy jgk..huray!..hepi btol bila jantina XY ni makin bertambah dlm myluvly family ..:)..ini menandakan team bola sepak berskil tinggi akan berjaya dibentuk pd zaman 2020 nti..so, tguuuuu~

3) Jalan2 ke melaka makan ikan bakar wif family n bbrapa org kawan emy.teringin tetibe.. pantai puteri lokasi pilihan.sedap gile sbb ikan fresh..ptg tu sempat bli ikan2 yg bru naek ke darat...pastu g singgah umah pak sedara kwn kitaorg yg sorg ni..time ni bru thu sepupu dia adalah world cempion sukan layar..huuu..kagum gile tgk piala2 kt umah dia..d good things is, mmg dari kecik dia dh berlatih sukan ni..bak kate parents dia.."ptg2 je musti ilang..pakcik pon tak thu dia kemane,upe2nye ke laut 'keje' kan layar tu"..haha..no wonder la world cempion...pantai betul2 depan umah beb!..

4) otw balik dari melaka, my sis kne rasuk area jam 11 mlm..lalu plak kt area tampin-dangi-kepis..mmg 'keras' tmpt tu..tpi redah jgk sbb dekat nk blik umh..huwaaaa...emy yg duduk sebelah trkujat kjp..xpenah woo ade experince cmtu..kira jadi ustazah pilihan kejap la..maun tak seram..hantu duk sebelah cermin tingkap kete..sakit2 bdn peluk my sis ni..kuat, sore bertukar, kejap nanges,kejap menempik..yg plg ampeh sekali dia siap gelak2..uiiiii....seram gle!..tabahkan hati ni jgk peluk my sis ni. kang tak buat cmtu...buatnye melompat kuar dari kete...ssh plak kn...mlm tu jgk g bawak jmpe ustazah sebenar..huhu..upenye2 kami terlanggar "dia"..jadi "dia" marah..."dia" ialah spesis bunian yg menyerupai ular..huuu..manelah kami nmpk ular melintas tgh2 mlm kn..hmm..bende da nk kena..

5) beli dapur gas dan barang2 keperluan asas dapur wif MIF. since 5 org mber dia lepaking kt aman height..MIF ckp ade kes..tpi emy prefer x amek thu..hal lelaki..korg setel r sndiri..myside yg boleh bantu bg toto n my bantal sebijik..ok la,dripada takde kn..sbb MIF ckp masing2 tido da macam udang da bila waktu pagi..huu..kesian..

6) yg ni plg best nk cite..walaupun berlaku 29 Okt lalu..N.SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA 2011..suka mak nk ulang byk kali kn,haha..hepi siot..berbaloi2 bayar tiket RM50 sekeping ok..KAMI JUARA!...walaupun kami smpai umah jam 3 pagi, tak terasa penat taw..memandu dgn senyuman + kami berkonvoi balik ramai2 smpai bendera n9 berkibar kt kete masing2..haha...jeles tak jeles kn..tak nak ulas corak game pnjg2 sbb dh puas hati sgt2 kuna sumbat sebijik mlm tu..hehe

7) Mesia Vs Indonesia..haha..ni lagi gempak..bertali arus MIF & emy halo2..xdpt tgk same kn..huu..tpi takpelah..mase FAKri buat 'tendangan kencang' smpai bola tak masuk gawang, tali jantung emy ni da putus da..mmg FAK..opss!..sory la..i mmg xsuke u maen ok sejak pre-limpik lg.. tpi kan,pastu jantung ku kembali bersambung lepas my hero en.bad buat finishing dgn bergaya sekali utk penalti terakhir. huu..kita dirahmati. terbenam ego indon yg ala2 berlagak hero bola sepak asia tenggara.haha..IBU SEGALA EMAS KITA PUNYA!..menanges garuda,patah syp digigit harimau malaya..cewah! =)

8) Mesia Vs Syria = kita kalah k...tpi syria deserves utk menang mlm tu...lgpun player kita letih pas berjuang ngn indon kan..pulak tu ramai yg injured sampai syarul pon tak pat maen taw..daku kuciwa! wuwu

9) Mesia Vs Bahrain = aduyai...kekalahan yg ni plg sukar nk dilupakn. dah la leading 2-0.. tetibe kne tinggal 3-2...6 min 2 gol..adeihh..pedih!..mcm tak berbaloi usaha faiz@MIF(pasan gile!..haha) & mahali jaringkan gol cantek mlm tu..amuk smpai tak tgk habis game mlm tu..tapi pastu kan...emy ulang2 tgk gol nazmi faiz kt utube, huuu...trubat kekecewaan..gile cantek budak kecik ni gol..bru 17thn da dpt sumbat gaya cmtu korang nk expect pe kan..bg emy dia pelapis hebat! sampaikn dlm brite tv3 pon tak fokus pd punca kekalahan sebaliknya gol cantik si kecik ni yg dibanggakan..aw..=)

alamak...ringkasnya ape yg haku tulis kt atas ni...menulis tanpa tujuan kunun...blah!..hahaha

bye!

Assalammualaikum...=)