Friday, June 10, 2011

Hidayah Allah : Sham Kamikaze


Peminat seni tanahair dikejutkan dengan perubahan Sham Kamikaze bekas pemain gitar utama Kamikaze apabila video berdurasi 12:42 beliau bercerita tentang pengalamannya mendapat hidayah mula dimuat turun di blog dan juga laman Facebook tempatan.
Sham juga turut meletakkan jawatannya sebagai pensyarah di sebuah universiti tempatan selepas melakukan perubahan tersebut.
Beliau pernah mencapai pengiktirafan yang diidamkan apabila album Kontroversi memenangi Anugerah Album Rock Terbaik di AIM 2001.
Disamping itu juga, Sham kerap mengiringi persembahan artis artis ternama seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Syafinaz dan bintang Akademi Fantasia baik di pertunjukan dan persembahan terbuka mahupun di stesen stesen TV.
Antara tugasan yang pernah di pikul termasuklah sebagai Pengarah Muzik untuk program konsert terbitan Astro iaitu Dari Studio Satu Anugerah Seri Angkasa 2006, Konsert Misi Suara Hati dan Konsert Akhir AF3.


Sumber: Sinar Harian Online

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Syukur alhamdulillah. inilah penangan hidayah Allah. Diharap Sham kamikaze dapat mengekalkan keindahan Illahi yg sedang bersarang didalam hatinya ketika ini.

Allah memberi hidayah kepada hambanya yg terpilih kerana hamba tersebut pada asalnya mempunyai NIAT. Tidak semua orang mendapat hidayah Allah bukan hanya kerana Allah tak nak bagi, tapi sebenarnya hambaNya tidak ada niat . Nawaitu itu juga sudah dikira sebagai titik permulaan kepada perubahan dan apabila seseorang berubah, disitu kita akan nampak hikmah,kasih syg dan hidayah kepunyaan Allah sedang diberikan kepada hambaNya.

Emy bersyukur sgt2 sham kamikaze telah mendapat nikmat Allah yg teragung ini. Gembira sebab org2 yg emy suka berubah kearah kebaikan. Siapa yg tak nak menjadi baik, cuma dalam perjalanan ke arah itu, sudah tentu byk dugaannya dan hanya sedikit sahaja org yg berjaya menepis dugaan itu. btw, Sham kamikaze is always my idol in music especially in guitar skill. He plays guitar with heart & soul = sincere. Emy harap lepas ni joe wings pulak yg dapat ;) sbb joe wings is oso my best souler of music sejak emy kecik :)

No comments:

Post a Comment