Monday, June 20, 2011

Diamku

Lebih baik diam dari berkata-kata..


Aku diam kerana...

Aku sedang bertanya pada diri sebesar mana kesilapanku..
Aku khuatir apabila aku telah bersuara aku akan berbicara yang bukan-bukan..
Aku takut apabila tersalah cakap akan menyakiti hati orang..
Aku sedang memikirkan apakah kebaikan yang patut dibuat..

kerana aku percaya..

percakapan yang baik mengundang rasa selamat dan kebaikan pada manusia lain
Lidah hanya berhak mengeluarkan mutiara hikmah daripada panah yg berduri
Diam itu lebih baik dari bercakap perkara yg sia-sia


Aku diam kerana aku menghormati percakapan orang..

dan..

Aku diam kerana memikirkan dosa-dosaku yg lalu
yang telah terlalai dan cuai
supaya aku diberi pengajaran dan hikmah terhadap
kebesaran Tuhan..


Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara..

No comments:

Post a Comment