Monday, May 9, 2011

Jasa Bonda

Jasa Bonda


Di saat kau lena dia berjaga

Kau bersenang dia bekerja

Untuk mu tiada terbatas

Memberi tidak minta dibalas

Ingin dibinanya untuk mu

Kehidupan yang sempurna

Punya kekuatan jiwa

Punyai maruah


Leterannya dari rasa luhur

Menegur sebelum terlanjur

Itulah yang diwarisi

Pesan ibu terpahat di hati

Beringat-ingatlah berpesan pesan

Untuk kebaikan

Marah bukan kebencian

Tapi tanda sayang


Engkau semakin dewasa

Berjiwa merdeka

Sedang dia semakin tua

Membilang usia

Di saat kau berjaya

Dia tiada berdaya

Semoga kau tak lupa

Jasa bonda



~warisan~


sebak dgr lagu ni...betapa kasihnya ibu pada kita..


==========================================================================



Ya Allah...


Kerana dia aku lahir ke dunia


kerana dia aku dapat melihat cahaya


kerana dia aku dapat bernyawa


kerana dia aku mengerti

apakah..


pengorbanan..


ketabahan..


kesabaran..


dan


kasih sayang


berilah segala yang terbaik dari yang terbaik dari Mu


Masuklah dia ke dalam SyurgaMu


Terima kasih Ya Allah...


mak, alang sayang mak.. --->--@











No comments:

Post a Comment